Menu Utama

Presiden ‘Tenggelam’ Dalam Bayang Pengerusi, Timbalan Presiden…

Khabarnya Perhimpunan Agung (AGM) pertama parti ‘cap bunga’ baru saja berakhir. Penulis tidak tahulah sama ada ia layak dipanggil ‘AGM’ atau tidak. Bukan apa, perhimpunan itu bagaikan tidak menepati peraturan perlembagaan saja nampaknya. Kita serahkan kepada RoS…

Mengikuti perkembangan perhimpunan puak ‘bunga’ itu, penulis agak kasihan melihat nasib Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Itu pun jika boleh dipanggil ‘Presiden’. Bukan apa, nampaknya Presiden bagai ‘tenggelam di balik bayang’ Pengerusi dan Timbalan Presiden.

Kelihatan dia bagai ‘melukut di tepi gantang’. Suaranya bagai tidak laku. Tidak ada apa-apa yang signifikan dari Presiden parti ‘cap bunga’ itu. Selalunya, Presiden bagi sesebuah partilah yang paling diberi tumpuan dan kenyataannya sudah tentu mengatasi Pengerusi dan Timbalan Presiden, bukan?

Menghairankan, Muhyiddin bukan saja bagai tidak bertaring, malah tidak bergigi langsung pada perhimpunan ‘mat-minah bunga’ itu. Dia hanya sekadar ‘boneka’ untuk mengabui mata ‘mat-minah bunga’ dan orang ramai? Hanya berjawatan ‘presiden’ sebagai ‘syarat’?

Dominasi ‘anak beranak’ di dalam parti ‘cap bunga’ itu cukup menyerlah. Puak-puak ‘bunga’ perasan atau tidak? Di atas kertas bagai tertulis ‘3M’, tapi bila beraksi nampaknya hanya ‘2M’ anak beranak sahaja yang menjadi tumpuan?

Sekiranya penulis berjawatan Presiden parti itu, pastinya penulis akan rasa terhina dengan apa yang berlaku. Bukan saja seolah tiada wibawa, penulis tidak rela dilihat ‘terkapai-kapai lemas’ di dalam bayangan dua beranak itu yang jelas ‘gilakan kuasa’.

Sepatutnya, jika parti ‘cap bunga’ mahu mengutarakan calon Perdana Menteri daripada partinya, nama Muhyiddin yang patut disebut. Peliknya, nama pengerusi pula yang naik? Mana hendak diletak muka Presiden? Takkanlah Presiden jadi ‘pegawai khas’ kepada Perdana Menteri ‘sementara’ pula?

Pada pandangan penulis, sekiranya PAS berjaya membentuk majoriti kerusi parlimen, maka sudah tentulah pemimpin yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri adalah Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan bukannya Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Sistem demokrasi memang begitu. UMNO dan BN sejak dari dulu mempraktikkan sistem demokrasi kepartian tersebut. Tidak pernah pula penulis lihat selain dari Presiden UMNO atau selain dari Pengerusi BN yang menjadi Perdana Menteri.

Cuma, mungkinlah ada sekali itu Presiden MCA khabarnya terpaksa memangku jawatan Perdana Menteri beberapa hari selepas UMNO diisytihar sebagai pertubuhan haram. Biasalah. Ketika itu ‘negarawan maksum’ yang ‘buat hal’, huru-hara sekejap dibuatnya. Habis Ketua Hakim Negara ‘dicantas’!

Persoalannya, apakah fungsi Presiden parti ‘cap bunga’? Apakah dia hanya sekadar ‘perhiasan’ bagi dua beranak tersebut? ‘Tersisih’ benar penulis melihat dia. Parti ‘cap bunga’ itu bagaikan hanya dipimpin oleh dua beranak itu sahaja…

Mungkin itulah dilema yang terpaksa dihadapi Presiden parti ‘cap bunga’. Hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati bapa. Hendak mengamuk tunjuk kuasa Presiden, silap-silap ‘padam’ terus jawatan itu. Hendak merajuk, silap-silap jawatan Timbalan Menteri pun tak ‘lekat’!

Terimalah akibatnya bila berada di dalam kelompok ‘Mahathirsme’. Muhyiddin bukan tidak biasa dengan corak ‘kuku besi’, 22 tahun dia hadap, bukan? Dan kini, dia terlompat masuk ke dalam mulut ‘naga’? Nasib badanlah, terimalah seadanya…






Leave a Reply