Menu Utama

Politik pusingan U Pakatan Harapan

AGAK sukar untuk mencari bukti berbentuk fakta mengenai pendirian berbentuk pusingan U yang pernah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Hal demikian kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, setiap kata dikeluarkan merupakan satu janji yang perlu ditunaikan.

Namun, anehnya perkataan pusingan U begitu sinonim dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan tidak kira sama ada dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP, PKR mahu pun PAN.

Pendirian pusingan U mereka bukan sahaja melihatkan hal ehwal berkaitan siapa calon sesuai untuk dijadikan Perdana Menteri sementara jika berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi turut melibatkan polisi yang bakal diambil jika memerintah negara seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan tol.

Adakah kepemimpinan ‘rapuh’ pendirian seperti ini mahu kita pilih dan pertaruhkan bagi memimpin negara yang dicintai dan rakyat merasai nikmat kesejahteraan sebenar?

1 – 8 Mac 2017
DAP menyokong Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan mentadbir negara selepas PRU-14 apabila persoalan siapakah calon Perdana Menteri pembangkang dibangkitkan.

2 – 9 Mac 2017
Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘menolak’ cadangan Wan Azizah dilantik sebagai Perdana Menteri dan menyatakan siapa menduduki jawatan itu bukan ditentukan oleh satu pihak sahaja.

3 – 21 Mei 2017
Semasa Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 yang turut dihadiri Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri itu tidak mengangkat kertas ditulis ‘Anwar PM Ke-7’, walaupun pemimpin Pakatan Harapan termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Wan Azizah berbuat demikian.

4 – 15 Jun 2017
DAP anggap PPBM selaku parti baharu tidak wajar memonopoli kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan selepas Dr. Mahathir suarakan kesediaan terima jawatan Perdana Menteri jika pakatan itu membentuk kerajaan selepas PRU-14.

5 – 24 Julai 2017
Kumpulan penyokong Anwar, Otai Reformis 1998 tolak pemilihan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

6 – 6 Disember 2017
Mohamed Azmin seolah-olah tidak senang dengan laporan Dr. Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri dan menjelaskan perkara itu hanyalah cadangan dan bukannya merupakan keputusan rasmi walaupun keputusan itu diterima oleh Wan Azizah.

7 – 15 Disember 2017
Dilaporkan, desas-desus kedengaran dari kem PKR bahawa Anwar menolak hasrat Pakatan Harapan untuk menamakan Dr. Mahathir sebagai calon PM pakatan pembangkang.

Utusan






Leave a Reply