Menu Utama

Pemuda PPBM tikam sesama sendiri

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Kuantan, Mohd. Asyraf Muhammad Asri membuat laporan polis selepas menerima pelbagai ugutan dan hinaan daripada ahli parti itu sendiri sejak 30 November lalu.

Mohd. Asyraf berkata, perkara itu berlaku selepas dia mengkritik Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) PPBM yang tidak memberi ruang kepada wakil bahagian untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

“Kritikan itu dilakukan berlandaskan perjuangan parti yang kononnya adalah demi rakyat. Saya ingin tahu di mana letak Islam dalam perjuangan parti?

“Apabila saya melakukan kritikan ini, ramai ahli Pemuda PPBM meloncat marah dan mencaci saya. Adakah ini sikap pejuang rakyat?,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Asyraf, dia telah menerima pelbagai ugutan dan cacian menerusi aplikasi Whatsapp dan juga di laman sosial Facebook.

Katanya, dia menuntut pihak yang terlibat melakukan permohonan maaf secara terbuka sebelum mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply