Menu Utama

PAS Ada Hadi, Peduli Apa Dgn Mahathir!!

MAHATHIR ternyata bengkak dengan PKR Selangor kerana tidak menyokongnya sehingga memberi kata dua kepada mereka untuk menamakan siapa yang boleh ganti tempat dia sebagai calon Perdana Menteri Pakatan.

Tak bengkak macam mana? Tak dan sehari sound PAS supaya membuat pilihan antara dia dan Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, baru tersedar PKR Selangor pun tak sokong dia jadi PM jugak.

Memalukan.

Persoalan sekarang, macam mana Mahathir nak menang pilihanraya kalau dalaman dia sendiri pun tak memberikan sokongan? Toksah cerita PAS dengan UMNO/BN lagilah dulu.

PAS, dia ada Tuan Guru Datuk Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri. Perlu apa dia ke Mahathir? Soal boleh ke tidak Hadi jadi Perdana Menteri dengan PAS gerak solo, itu cerita lain. Perlembagaan kata (antara lain), ahli dewan rakyat yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan boleh menjadi Perdana Menteri, bukan ikut parti!!

Berbagai senario boleh dibayangkan dari kenyataan dalam perlembagaan itu, terutama kalau tidak ada pihak yang berjaya dapat majoriti mudah untuk bentuk kerajaan. Pakatan pun bukan pertubuhan rasmi, apa-apa boleh jadi.

Mahathir sendiri pun belum tentu menang kat Langkawi (ya, kita dah tahu Mahathir akan bertanding di Langkawi) dan seterusnya “berisiko” jadi Perdana Menteri.

Jadi, ini semua untuk rakyat melihatlah apa masa depan yang nak dipilih ni kalau menyokong Mahathir dan Pakatan sebagai Perdana Menteri dan kerajaan. Belum ada apa-apa pun dah gaduh, kalau jadi kerajaan besok, entah macam mana pulak lagi tu.






Satu Komen to PAS Ada Hadi, Peduli Apa Dgn Mahathir!!

Leave a Reply