Menu Utama

Nak Bersaing Pun Jangan Sampai Buat Fitnah

PERSAINGAN di kalangan akhbar-akhbar arus perdana untuk mendapatkan perhatian pembaca seterusnya melariskan jualan masing-masing, nampaknya sudah sampai ke tahap mengadakan berita yang berunsurkan sensasi semata-mata tanpa mengambil kira kebenaran di sebalik laporan berkenaan.

Setelah Berita Harian berjaya mengelirukan pembaca dalam isu tanah Jalan Semarak dengan tajuk konon Felda telah hilang hak ke atas tanah itu (sebenarnya ‘berisiko’ kehilangan, belum hilang hak lagi), Kosmo pula di dakwa mengambil kesempatan atas video tular sepasang ibu bapa membahayakan nyawa anak di atas jambatan rosak kelmarin, dengan mendakwa kononnya seorang warga emas juga terpaksa menggunakan jambatan gantung yang sama untuk menghantar anaknya yang sakit ke hospital.

Wanita warga emas yang berkenaan bagaimanapun tampil dalam sebuah video berasingan hari ini, menafikan ada menggunakan jambatan tersebut seperti yang didakwa Kosmo dan dia sebenarnya dibayar pulak sebanyak RM 50 untuk beraksi seolah-olah menggunakan jambatan yang rosak itu.

Kita tidak pasti siapa yang bercakap benar sama ada Kosmo ataupun wanita warga emas berkenaan tapi yang nyata – sehingga penjelasan lanjut diberikan, menampakan seperti akhbar berkenaan sudah hilang etika kewartawanan yang selama ini membezakan mereka dengan akhbar berstatus picisan seperti Harakah dan Suara Keadilan.

Penulis sendiri secara peribadi tidak nampak dimana logiknya untuk wanita tua dengan keadaan seperti itu, menggunakan jambatan rosak yang berkenaan untuk membawa anaknya ke hospital seperti dakwaan Kosmo.  Dia sendiri pun belum tentu lepas (untuk melintas), nak bawak anak yang sakit pulak lagi?

Lainlah kalau ada orang yang menyuruhnya dengan sedikit bayaran, mungkinlah.






Leave a Reply