Menu Utama

Minta Maaf Pun U-Turn? Ini Manusia Ke Binatang?

SEORANG sahabat dulu pernah cakap, melainkan Mahathir berbicara tentang keluarganya, jangan percaya apa juga yang dia kata.  Kenyataan ini diucapkannya hujung 90-an dahulu – ditengah-tengah gelombang reformasi. Dia tu sendiri pun dah lama pergi meninggalkan kita semua – bukan mati, dia hijrah ke luar negara.

Tapi yang penting, penulis tak sangka kebenaran dari apa yang dia cakap tu baru muncul sekarang.

Sampaikan minta maaf pun Mahathir boleh U-turn juga!! Jadi kita nak pegang apa manusia macam ni? Takde apa pun.  Cakap macam ini sekarang, pusing balik kejap kang – termasuk dalam soal mintak maaf, apa benda ni?

Dulu lainlah, sebab masa itu jadi Perdana Menteri yang disokong UMNO/BN. Sejak merdeka, semua Perdana Menteri yang kita pilih, memang deliver.  Walaupun Mahathir memerintah macam Firaun tapi dalam banyak hal pun dia terpaksa akur kepada kehendak parti dan kerajaan.

Yang dia waktu itu tak boleh nak lantik anak sendiri ke jawatan tinggi sesuka hati, sebab dalam BN dan UMNO, prinsipnya, setinggi mana pun kita tetap yang utama ialah parti, pemimpin boleh datang dan pergi.  Macam itulah dulu, macam itu jugalah sekarang.  Bukan Mahathir saja, semua Perdana Menteri pun tidak lantik anak/menantu ke jawatan tinggi semasa masih berkuasa.

KJ jadi ketua pemuda semasa Paklah masih Perdana Menteri bukan sebab dilantik tapi sebab dia menang pemilihan.

Masalah sana sini tu memang biasa tapi kita ada sistem yang dipercayai untuk mengatasinya.  Sebab itu dari merdeka, dah ada  6 Perdana Menteri, banding dengan DAP dan PKR, dari sejak tubuh sampai sekarang, itu jugaklah orang yang jadi ketua (atau anak dia).

Hari ini, Mahathir nak jadi Perdana Menteri yang disokong oleh Pakatan penipu, DAP, PKR dan PAN.  Dahlah Mahathir bapak penipu disokong pulak oleh semua parti penipu rakyat.  Apa dia cakap yang dia pernah buat?  Duit banyak habis tapi satu apa pun tak jalan.

Maka tak salah bila penulis katakan tempoh hari, lantik Mahathir jadi Perdana Menteri semula/sementara ini hanya akan menjerumuskan negara dalam kancah politik yang tidak berkesudahan.  Niat Mahathir nak jadi Perdana Menteri semula ini jelas sangat (bukan kerana rakyat), dilihat dari cara anak dia sendiri menyokong secara terbuka.

Siapa pun dalam Pakatan tak berani bercakap secara terbuka menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri, anak dia sendiri pulak yang berani buat macam itu, obvious sangat kan?  Kalau berlaku dalam BN ni, dah terduduk kena gelak.

 



« (Previous News)



4 Komen to Minta Maaf Pun U-Turn? Ini Manusia Ke Binatang?

  1. geekpuk2 says:

    MyKMU sudah terbalik

    Bela KJ sebab diundi menang dan hentam Madey sebagai bapa penipu

    Pusing 180 darjah dari Mykmu tahun 2008 dan 2009

    Masa tu Madey adalah penjihad ekonomi dan pejuang Melayu terulung dengan jasa tak ternilai. KJ dikeji dengan ejekan rasuah!!!rasuah!!!!

    Ni Uturn manusia ke binatang

    • Dkds says:

      Apa pun mykmu tetap setia menyokong UMNO lah..

      Terbaiklah admin Mykmu yang tidak terpedaya dengan omongan dan janji lahanat madey kerala

  2. Dkds says:

    Kegilaan politik gaya madey kerala ini boleh dijadikan sumber rujukan masa hadapan…Niccolò di Bernardo dei Machiavelli tentu berbangga teorinya adalah benar tentang kerakusan ahli politik

Leave a Reply