Menu Utama

Mat Sabu Diketepikan, Bukti Kualiti Bekas PAS, Lebih Rendah Dari Bekas UMNO

MAT Sabu dan pengikutnya dalam PAN adalah pihak yang sebenarnya “kalah” dan dipersendakan dalam pengumuman Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan semalam.  Walaupun PAN lebih senior dari Pribumi, walaupun Mat Sabu tarik lebih ramai wakil rakyat dan ahli PAS keluar parti berbanding Mahathir, tapi bila tang pembahagian kerusi, parti Mat Sabu dapat paling sikit sekali.  Tak hairan PAN Johor boikot konvensyen Pakatan semalam.

Di awal penubuhan PAN dulu, Setiausaha Agung PAS mengaku kehilangan 200,000 dari lebih sejuta ahli parti itu, dipercayai masuk PAN, banyak cawangan PAS berkubur sebab ahli masuk PAN – begitu kuat momentum yang Mat Sabu berikan tapi akhirnya macam ini jadinya.  Sehingga ada dakwaan mengatakan mulut Mat Sabu dah disumbat dengan sesuatu sehingga parti Pribumi yang takde cawangan ini pun, sailang parti Mat Sabu (yang dah 2 kali konvensyen) macam itu saja.

Takde halangan, takde penentangan

Nampak sangat UMNO ni parti terer, kualiti bekas ahlinya lebih tinggi dari kualiti bekas ahli PAS dimata PKR dan DAP.  Taklah menghairankan sangat sebab dalam sedar atau tidak, dari PRU 1990 hingga sekarang, semua calon Perdana Menteri pembangkang adalah bekas orang UMNO.

Apapun yang semua orang tahu, ini adalah keputusan politik, silap-silap ada unsur duit di dalam tu.  Mana logik parti yang cawangan pun takde, bahagian setakat 137, mesyuarat agung tahunan melanggar perlembagaan sendiri tapi boleh diperuntukkan kerusi yang lebih banyak dari parti yang segala segi teratur macam PAN?

 






Leave a Reply