Menu Utama

Kenapa Sibukkan PAS? Dalam Pakatan Pun Bukan Semua Sokong Mahathir PM

SEHARI sebelum Ahad 31 Disember 2017, Wanita Pakatan yang bermesyuarat di Kajang sebulat suara menolak penamaan Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan kot kot menang PRU14.. Enam hari yang lepas, PKR Selangor tidak hadir dalam majlis kenyataan bersama Pakatan Selangor menyokong Mahathir sebagai calon   Anwar dikhabarkan enggan menemui Mahathir yang pura-pura datang melawatnya di sebuah hospital di Cheras baru-baru ini.

PAN Johor sepakat boikot konvensyen Pakatan berhubung isu pembahagian kerusi berat sebelah dengan parti Mahathir pulak dapat banyak disebalik status sebagai parti komponen Pakatan paling baru.

Ini bermaksud, waima dalam Pakatan sendiri bukan semua sokong Mahathir sebagai Perdana Menteri pun.  Itu yang hairan kenapa Mahathir menyuruh PAS memilih antara dia dan Datuk Sri Najib sebagai Perdana Menteri atau tidak pulak?  Suruh semua dalam Pakatan solid sokong dia dululah baru gebang pasal PAS.  Yang sokong ni pun kerana politik dan dana politik dijanjikan Mahathir semata-mata, bukan kerana rakyat sama sekali.

Cakap pasal dana, silap-silap ni ia adalah duit UMNO yang tidak dipulangkan Mahathir sejak letak jawatan pada tahun 2003, sehingga dalam PRU13 dulu, Najib terpaksa meminta derma dari luar.  “Silap-silap” ni boleh jadi betul sebab kita tahu Mahathir letak harta UMNO bawah proksi yang dikawalnya. Bila dia menyerahkan jawatan kepada Paklah, tak semua harta itu yang dipulangkan.  Bila UMNO takde duit dan terpaksa minta derma, dia jadikan isu pulak.

Balik kepada PAS dan Mahathir tadi.  Ini bermaksud, Mahathir masih gila talak dengan PAS.  Setelah menuduh Amanat Hadi punca tragedi Memali, PAS ebagai punca perpecahan orang Melayu dan sebagainya, tiba-tiba Mahathir mahukan sokongan PAS pulak?

Dalam masa yang sama. Mahathir mahu tutup hakikat bahawa dia ditolak bukan sahaja oleh rakyat tapi juga komponen dalam Pakatan sendiri dengan mengalihkan perhatian kepada PAS.  Itu yang dia hala ke PAS tu padahal PAS ada Presidennya sendiri, nak buat apa dia sibuk pasal orang lain?  Mahathir punya kelentong, semua dalam poketlah.






Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.