Menu Utama

Kebebasan Bersuara, Undang-Undang Dan PDRM Zaman ‘Warga Emas’

Penulis ketawa apabila mendengar kata ‘negarawan ulung’ yang mendakwa dia akan kembalikan kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang di negara ini sekiranya dia naik ‘takhta’ semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU 14 nanti.

Lebih ‘menarik’, warga emas itu bersungguh-sungguh menuduh kononnya pasukan PDRM kini dijadikan alat oleh kerajaan untuk memberi tekanan kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Lagi kuat penulis ketawa…

Pada pandangan penulis, nampaknya bentuk pemikiran ‘negarawan maksum’ itu masih di takuk lama. Dia seolah masih ‘berkhayal’ seolah-olah Kerajaan kini kononnya sama dengan corak pertadbirannya selama 22 tahun dulu.

Suka penulis beritahu kepada bekas Perdana Menteri ‘paling berjasa dalam sejarah dunia’ itu bahawa UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan yang kini diterajui oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak tidaklah mengamalkan corak pemerintahan autokratik sepertinya dulu.

Mungkin benar Najib merupakan salah seorang menteri kanan yang dia didik dulu, namun pendekatannya adalah jauh berbeza berbanding warga emas tersebut.

Berhubung kebebasan bersuara, pastinya ramai otai-otai yang masih ingat bagaimana media begitu dikawal ketat di zaman warga emas itu berkuasa. Bukan sekadar soalan ‘ditapis’, malah sampai telefon pejabat editor, apa cerita? ‘Bebas’ apa ke jadahnya itu?

Siapa saja yang bersuara ‘lebih’ ketika dia menjadi Perdana Menteri dulu, maka nahaslah. Tidak kira sama ada pemimpin pembangkang mahupun UMNO atau BN, pasti terima padah. Sedangkan Timbalan Menteri pun ‘dicantas’, inikan pula rakyat biasa. ISAlah jawabnya…

Kedaulatan undang-undang jenis apakah sehingga tergamak memecat Ketua Hakim Negara? Hanya kerana menjalankan amanah dan membuat keputusan yang tidak menyebelahinya, maka dia berdendam dan menubuhkan tribunal untuk menyingkirkan Ketua Badan Kehakiman itu?

Jika warga emas itu lupa, dia boleh ‘recall’ nostalgia mengusik jiwa itu dari Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang baru saja menyebut tentang soal ini, atau bertanya pada pakar perlembagaan DAP, Dr Aziz Bari yang berkali-kali meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui penulisan buku dan artikel ilmiahnya.

Tapi ‘calon Perdana Menteri paling layak’ itu kata hendak kembalikan kedaulatan undang-undang? Harap Abdul Hadi, Dr Aziz dan penulis sendiri tidak ‘muntah hijau’ mendengar kenyataan itu terbit dari warga emas terlebih emas itu…

Dia ‘serang’ pula kredibiliti PDRM? Apa dia fikir zaman ini sama seperti zaman dia ‘mengawal’ PDRM dulu hingga susah Ketua Polis Negara hendak buat kerja? Apakah dia tidak ingat apa yang berlaku selepas dia pecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dulu?

Budak-budak ‘bunga’ yang masih ‘kanyaq’ itu bolehlah dia ‘kencing sepuas-puas’nya. Namun bagi mereka yang hidup dan mengikuti perkembangan sebenar politik negara ketika dia memerintah dulu, maka mereka akan mudah dapat mengesan ‘bau hancing’nya.

Jadi, penulis menyarankan kepada warga emas itu supaya tidak lagi berilusi dengan khayalan-khayalan zaman silamnya dan menyamakan keadaan di zaman ini seperti yang dia corakkan pada zaman pentadbirannya dulu. Sudah-sudahlah ‘meracau’, berhentilah malukan diri sendiri…






2 Komen to Kebebasan Bersuara, Undang-Undang Dan PDRM Zaman ‘Warga Emas’

  1. Pemerhati says:

    wan azizah pun tahu kencing mahathir lebih hancing dari kencing suaminya namun atas nasihat suami terpaksa wan azizah tadah sambil menahan bau hancing maha hebat & lebat dari mahathir tentang dia kata akan kembalikan kebebasan bersuara & kedaulatan undang2 itu sekiranya dia(yang bila2 masa boleh mampus tak sempat melihat & merasa PRU14) dipilih lagi menjadi PM

Leave a Reply