Menu Utama

Jadi Doktor Lepas Tu Masuk Politik, Tak Rasa ‘Mahfuz’ (Bodoh) Ke?

UNTUK mengatakan kerja bawak Uber dan jual nasi lemak ini tak perlu sekolah tinggi, disifatkan ramai sebagai satu kenyataan keluar dari mulut seorang orang tua yang terperangkap dengan masa lampaunya sahaja, tak sedar dunia dah berubah hampir 360 darjah.  Banyak profession baru dah wujud, yang dulu tak ada pada zaman dia memerintah negara.

Bawa Uber atau jual nasi lemak hanyalah perbezaan kategori, tajuk besarnya, kedua-dua profession itu adalah perniagaan.  Meniaga mesti ada ilmu, setakat pandai masak atau bawak kereta saja tapi menguruskan kewangan tak tahu, ke laut jugak.  Nak menguruskan kewangan kena ada ilmu dan pendedahan yang cukup.

Masuk politik kalau nak dikirakan tak perlu ijazah Universiti juga.  Malah, bukan sikit golongan professional yang tinggal profession masing-masing untuk masuk politik walaupun tahu untuk jadi ahli politik tak perlu sekolah tinggi-tinggi.  Tak nampak jadi hal pulak?

Ada bekas doktor sanggup duduk sebaris dengan bekas pengangkat beg di sebuah lapangan terbang bila dalam politik, tak nampak hina.  Bekas Perdana Menteri pun ada yang bukak kedai roti – tak laku pulak tu, tak nampak salah? Walhal kita tahu tak perlu ijazah Universiti untuk buat dan jual roti.

Alih, bawak Uber dengan jual nasi lemak pulak yang jadi isu?

Tak payah hina cara orang cari makanlah, asalkan halal apa jadi masalah pulak?  Bukan semua orang bertuah dapat bapaknya seorang Perdana Menteri.  Dapat bapak macam ni senanglah, itu yang belum umur 40 tahun pun dah bergelar jutawan, syarikat nak lingkup sebab hutang banyak, bapak arah guna duit kerajaan untuk selesaikan dan sebagainya.

Kang tak bekerja, mengangur, kena kutuk pulak sebagai bangsa yang malas.  Kerja jual nasi lemak atau bawak Uber, dihina pulak konon tak perlu ijazah Universiti.  Sana salah, sini salah, apa yang betul?

Ya, yang betulnya dia tu nak jadi Perdana Menteri balik, itu saja.

 






Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.