Menu Utama

HILANG KERUSI JOHOR BUKTI CALON PAN TIADA KUALITI

Apabila melihat Parti Amanah Negara (PAN) hilang kerusi dalam pengumuman Pakatan
Harapan adalah sesuatu yang mengejutkan. PAN Johor hanya diperuntukkan hanya 2 kerusi
Parlimen sahaja di negeri Johor.

Lebih malang apabila PAN hilang kerusi tersebut kepada parti yang baharu iaitu Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Apa ada pada PPBM sehingga berjaya mengetepikan PAN dalam mendapatkan jumlah kerusi
yang begitu besar di dalam Pakatan Harapan.

Sudah terlalu banyak pengorbanan yang ahli PAN laksanakan demi Pakatan Harapan.
Pemimpin dan ahli sanggup meninggalkan dan mengkhianati baiah di dalam Pas sematamata
mahu membuktikan taat setia kepada DAP dan PKR.

Malah ada di antara mereka sanggup menggadaikan prinsip dan harga diri atas dasar prinsip
setia kawan yang begitu tinggi kepada DAP dan PKR. PAN juga sentiasa menjadi benteng
paling hadapan jika kawan-kawan lain dicuit. Bak kata pepatah, cuit peha kiri, seluruh tubah
terasa!

Di Johor sendiri PAN menjadi parti paling lantang dalam mengetuai gerakan pembangkang
di Johor.

Apa sahaja yang mereka tidak buat. Berhujan, berpanas, berhimpun, berceramah, jumpa
rakyat, beri bantuan dan sebagainya.

Semua mereka buat. Tolak tepi betul atau salah, yang penting serang. Itulah prinsip PAN.
Adalah tidak keterlaluan bahawa PAN hanya dianggap sebagai ‘budak milo’ dalam Pakatan
Harapan. 2 kerusi di Pulai dan Parit Sulong hanyalah pelengkap jadual sahaja.

Kasta mereka sama seperti PAS dahulu. Jaga keselamatan, tukang provok, menjadi yang
paling lantang terpekik terlolong, pacak tiang bendera, penuhkan peserta program atau
himpunan adalah lebih sesuai pada pandangan Pakatan Harapan untuk PAN.

Oleh kerana itu akhirnya PAN langsung tidak diberi muka. Parti seperti DAP dan PKR lebih
merasakan PPBM lebih layak diberikan kerusi bagi PRU14 akan datang.

Figura Tun Mahathir dan posisi beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan memberikan
kelebihan kepada PPBM dalam mencorak catur politik dalam menentukan pengagihan
kerusi.

Mat Sabu sebagai Presiden PAN apa dia mampu buat? Duduk dan mengangguk sahaja
dalam mesyuarat Majlis Presiden, asalkan dia seorang mendapat kerusi itu sudah memadai.
Perkembangan ini pastinya mengecewakan semua ahli PAN Johor yang telah bertungkus
lumus.

Mereka bekerja dalam memastikan PAN antara nama besar yang bakal menjadi pencabar
kepada UMNO-Barisan Nasional.

Dalam mereka sibuk membuta tuli menjadi pelopor gerakan pembangkang di Johor. Mereka
sebenarnya lupa menghasilkan tokoh dan calon yang boleh diketengahkan sebagai calon
PRU14 akan datang.

Tiada suatu pun figura dalam PAN yang boleh diingati sebagai pemimpin yang berkaliber
dan mampu diharapkan di Johor.

Jika sebut Salahuddin Ayub, apa sahaja jasa dia yang orang Johor akan ingat? Aminolhuda,
lagilah.

PPBM hanyalah alternatif dan percaturan kepada PKR dan DAP untuk melihat sejauh mana
parti Melayu itu mampu memberi saingan kepada UMNO untuk semua kawasan Parlimen
yang majoritinya pengundi Melayu.

Akhirnya PAN terpaksa menelan realiti ini bahawa mereka langsung tidak diterima. Jika
konsensus Pakatan Harapan sendiri tidak yakin dengan kewibawaan untuk mencalonkan
PAN, adakah rakyat akan yakin?

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor






Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.