Menu Utama

Hak Milik Tanah Felda Dipulangkan, Audit Forensik Dan Siasatan Polis Diteruskan

KEWIBAWAAN kerajaan menyelesaikan sesuatu isu dengan cekap dan telus merupakan satu ancaman kepada pembangkang yang diketuai DAP. Jika lambat selesai maka mereka akan ada modal untuk memburukkan kerajaan. Apabila isu tersebut diselesaikan segera maka perancangan mereka untuk memfitnah secara besar-besaran dilihat gagal. Namun perkara tersebut tidak menghalang mereka dari mempertikaikan penyelesaian yang dibuat.

Pakatan yang dipimpin DAP sudah membayangkan untuk mengembar gemburkan persoalan mengenai hak milik tanah bernilai RM1 bilion di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila hak milik tanah tersebut telah dipulangkan semula kepada Felda.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan bahawa pemulangan hak milik tanah tersebut oleh syarikat swasta terlibat bukan sandiwara pilihan raya. Sejak awal lagi Felda mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melindungi dan mengambil semula harta Felda itu.

Sejak Felda mendapati tanah milik mereka itu dipindah kepada pemaju, mereka telah berusaha meletakkan kaveat bagi melindungi tanah tersebut. Malah pelbagai usaha dilakukan termasuk berbincang dengan lembaga pengarah Felda, mengemukakan cadangan kepada perdana menteri, berjumpa peguam negara dan membuat laporan polis.

Tohmahan yang cuba dilemparkan oleh pembangkang dilihat sebagai tindakan terdesak untuk menburukkan kerajaan. Semalam, Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) yang mempunyai kaitan dengan PAS mendakwa tindakan Syrnergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) mengembalikan tanah itu tanpa sebarang kos ialah sandiwara Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14.

Mereka mempertikaikan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Isa Samad, yang merupakan pengerusi Felda ketika pindah hak milik tanah itu berlaku pada 2015. Datuk Seri Najib Razak telah menegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis berhubung isu tanah milik Felda di Jalan Semarak, tetap diteruskan walaupun Felda mendapat kembali hak milik tanah itu.

Indivdu yang terlibat dalam perkara ini akan dibawa ke muka pengadilan.

Felda dan SPSB menandatangani satu perjanjian persefahaman untuk mengembalikan hak milik semua 16 lot tanah di Jalan Semarak yang dipindahkan dalam 4 transaksi jual beli pada Disember 2015 dan November 2016 kepada Felda tanpa sebarang kos.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad juga menegaskan bahawa siasatan polis dan audit forensik oleh firma audit luar ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang dibangunkan atas tanah itu masih diteruskan. Laporan polis yang dibuat pada 12 Disember dan 28 Disember lalu di bawah Seksyen 420 serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan juga tidak ditarik balik.






Satu Komen to Hak Milik Tanah Felda Dipulangkan, Audit Forensik Dan Siasatan Polis Diteruskan

Leave a Reply