Menu Utama

Gulingkan Kerajaan Melalui Pemberontakan OK Ke?

NEGARA kita mempunyai undang-undang yang jelas dalam Perlembagaan berkenaan tindakan mengulingkan kerajaan melalui pemberontakan. Perkara tersebut tidak menjadi “halal” hanya semata-mata dilakukan oleh pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mungkinkah beliau secara tidak langsung mengakui jenayah tersebut apabila mengakui bahawa beliau sememangnya mahu menggantikan “kerajaan kleptokratik” ketika menyifatkan tindakan sekumpulan Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap beliau sebagai “bodoh”.

Sebaliknya alasan beliau tersebut yang dilihat amat “bodoh” memandangkan beliau merupakan individu yang mengamalkan “kleptokrasi” selama ini. Dan tindakan mengulingkan kerajaan melalui pemberontakan merupakan satu jenayah berat.

Negara kita merupakan sebuah negara demokrasi berpelembagaan. Rakyat mempunyai hak untuk bersuara melalui Pilihan Raya Umum. Adakah Mahathir tetap mahu mempertahankan jenayah yang beliau lakukan tersebut?

Semalam, sekumpulan pemuda Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dan dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir mendakwa pemimpin pembangkang itu cuba menghasut rakyat menggulingkan Najib “tanpa proses demokratik”.

“Kami mendapati dan percaya bahawa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menggulingkan perdana menteri menyalahi undang-undang sedia ada…dan akan menyebabkan kestabilan dan kemanan negara tergugat,” katanya Razlan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Media sosial kini sedang viral berita Mahathir sedang melobi kesemua komponen pakatan harapan agar mencalonkan beliau sebagai PM pilihan. Perkara tersebut menjadi bahan jenaka para netizen memandangkan usia Mahathir kini menghampiri 100 tahun.

Ianya dilihat sebagai langkah memperbodohkan pakatan pembangkang sendiri dan rakyat Malaysia amnya. Pakatan Harapan dijangka akan mengumumkan calon perdana menteri mereka Ahad ini.






2 Komen to Gulingkan Kerajaan Melalui Pemberontakan OK Ke?

  1. geekpuk2 says:

    Tak logik buat pemberontakan

    Sia-sia tubuh parti berdaftar, buat rundingan pengagihan kerusi, kenalpasti calon dan masuk bertanding pilihanraya

    Bila menang nanti, pasti akan membentuk kerajaan. Tak payah memberontak pun

  2. Naja Zain says:

    Takperlu lapur pun…Mahathir tk akan mampu kumpul org kjumlah yg efektif..bayang nak kumpul satu tandatangn pun tkmampu..inikan pula nak kumpul kearah mlanggar undang2

Leave a Reply