Menu Utama

Dagangan Malaysia berjumlah RM1.622 trilion

Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 berjumlah RM1.622 trilion meningkat 20.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros berkata, prestasi kukuh itu juga mengatasi jumlah keseluruhan dagangan negara pada 2016 yang bernilai RM1.485 trilion.

Menurut beliau, eksport meningkat 20.4 peratus kepada RM856.05 bilion sementara import berjumlah RM766.07 bilion.

“Lebihan dagangan bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 adalah sebanyak RM89.98 bilion . Sektor pembuatan barangan menjadi penyumbang utama dagangan iaitu sebanyak 82.1 peratus diikuti oleh perlombongan (8.5 peratus) dan agrikultur (8.4 peratus),” katanya ketika pembentangan prestasi dagangan Malaysia sempena Matrade Day 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply