Menu Utama

Cakap Agama Jahil, Cakap Ekonomi Pandir, Itulah Mahathir

SABOTAJ ekonomi Mahathir terhadap negara ini berterusan bila dia membuat pelbagai dakwaan tidak berasas seperti ekonomi negara lebih teruk dari Greece, hutang kerajaan sampai USD 900 billion dan sebagainya.  Mana dia dapat angka USD 900 billion tu entah. Pelik pulak bunyinya sebab tiada agensi penarafan antarabangsa yang memberi rating teruk kepada ekonomi negara kita, hanya Mahathir saja.

Ramai pakar yang arif pasal ekonomi ni mempertikaikan dari mana Mahathir dapat angka itu, ikut suka dia saja main petik-petik angka ke?

Hari tu dia tuduh Bank Negara rugi RM 160 billion – takdak sambutan, waima dari pemimpin Pakatan sekalipun, dah sekarang dia up ke USD 900 billion pulak.Tapi part dia kata ekonomi sama dengan Greece tu buat penulis tergelak.  Kita semua tahu bank-bank di Greece sampai tidak cukup tunai untuk dikeluarkan rakyat negara itu di mesin ATM akibat dari krisis ekonomi dan hutang negara yang tinggi, adakah kita melihat keadaan itu berlaku di negara ini?

Bodoh.

Ini bagaimanapun tidak menghairankan penulis sebab kita tahu Mahathir memang pandir pasal ekonomi.  Sepanjang 22 tahun pemerintahannya, 2 kali negara ini dilanda krisis ekonomi iaitu pada tahun 1986 dan 1997.  Mahathir juga mengaku tidak tahu Bank Negara Malaysia kerugian RM 32 billion.  Yang dok gebang kata dia pulihkan kemelesetan ekonomi tu, hanya propaganda semata-mata sebab Thailand dan Korea yang turut terlibat dalam krisis sama, pulih lebih awal dari kita, tak payah tambat matawang pun.

Malah, cakap pasal Korea, segala segi berkenaan negara itu, jauh lebih maju dari kita pun sekarang.

Sebetulnya, dalam krisis tersebut, ramai orang seronok cakap pasal pemulihan krisis, tapi ramai terlupa yang sampai berlaku jadinya krisis itu siapa puncanya?  Mahathirlah.  Negara kita mungkin boleh bertahan dari krisis tersebut kalau RM 32 billion tidak hilang 3 tahun sebelum itu.






2 Komen to Cakap Agama Jahil, Cakap Ekonomi Pandir, Itulah Mahathir

  1. geekpuk2 says:

    Pandir macam ni Presiden UMNO 22 tahun

Leave a Reply