Menu Utama

Bukan hanya PKR, Pemuda PPBM Pahang juga bantah Mahathir calon PM

Pemuda PPBM Pahang bantah Dr. Mahathir jadi PM

Keputusan Pakatan Harapan diketuai DAP memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengetepikan peluang golongan muda untuk memimpin negara.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri, Raja Mohd. Azlan Raja Omar berkata, dalam usia 92 tahun, Dr. Mahathir tidak lagi sesuai memegang jawatan Perdana Menteri sebaliknya perlu diisi oleh seseorang tokoh muda berwibawa sekali gus meneruskan kesinambungan kepemimpinan.

“Pada zaman ini, saya secara peribadi berasakan tidak sesuai untuk Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kita memerlukan orang muda dan perlu ada sistem konsisten,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Raja Mohd. Azlan berkata, PPBM seharusnya menyelesaikan masalah kecelaruan kepemimpinan yang berlaku dalam parti itu khususnya di negeri ini terlebih dahulu jika ingin menerajui kepemimpinan negara.

“Jika isu kepemimpinan pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana hendak memimpin negara dengan baik,” katanya yang mengakui ada pelantikan baharu dibuat bagi menggantikannya berikutan tindakannya mengkritik parti tersebut. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pemuda-ppbm-pahang-bantah-dr-mahathir-jadi-pm-1.587266#ixzz53g5DgouH
© Utusan Melayu (M) Bhd






Leave a Reply