Menu Utama

BEM sahkan yuran lima kali ganda lebih tinggi

Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) pada tahun lalu telah pun membuat penilaian bahawa yuran perundingan perkhid­matan kejuruteraan untuk projek infrastruktur mega Pulau Pinang termasuk tero­wong dasar laut adalah empat hingga lima kali ganda terlebih tinggi.

Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To berkata, dalam surat daripada BEM bertarikh 7 Jun 2017, kadar yuran perundingan itu secara maksimum sepatutnya dalam lingkungan RM50 juta hingga RM53 juta.

“Kadar yuran itu bergantung kepada dua keadaan iaitu diberi satu projek sekali gus atau diberi projek dalam empat pakej iaitu tiga jalan raya dan sebuah terowong,” katanya dalam status Facebooknya, semalam.

Dalam status Facebook See-To, beliau turut memuat naik surat rasmi BEM kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertarikh 7 Jun 2017 yang menjelaskan kadar anggaran bayaran perundingan yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri berkenaan.

Pada tahun lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Men­teri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengkritik kerajaan Pulau Pinang berhubung projek RM6.34 bilion ber­kenaan.

Kedua-dua menteri berke­naan menyifatkan yuran perundingan sebanyak RM305 juta bagi projek mega itu te­lah melebihi paras si­ling RM41 juta seperti yang ditetapkan BEM.

Utusan






Satu Komen to BEM sahkan yuran lima kali ganda lebih tinggi

Leave a Reply