Menu Utama

80 PELAJAR MENDAPAT BANTUAN PERSEKOLAHAN DARIPADA LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) cawangan Pahang menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan sekolah kepada 80 pelajar kurang berkemampuan di negeri ini.

Senyuman kegembiraan terpancar di wajah anak-anak ini yang menerima beg dan kasuy sekolah bagi penggal persekolahan yang baru bermula tak lama lagi.

Ahmad Nur Arif Bilah, 12 tahun daripada Rumah Anak Yatim Ad-Dhuha berkata, “ saya tidak perlu lagi risau tentang kasut dan beg sekolah baru dan saya tidak sabar untuk kembali ke sekolah dengan pemberian ini”.

Sementara itu, seorang penerima Adiba Maisarah Abdullah, 11, berkata dia teruja apabila terpilih menyertai program berkenaan dan ia sekali gus dapat membantu meringankan beban ibunya.

“Seronok dapat barang persekolahan ini seperti beg, kasut dan alat tulis. Bukan selalu saya diraikan seperti ini dan berasa sangat bertuah serta berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana sudimembantu” katanya yang tinggal di Kampung Sungai Isap di sini.

Pengarah LHDNM Pahang, Syed Hisham Syed Mansor berkata, penerima adalah daripada Sekolah

Kebangsaan (SK) Sungai Isap Murni, Rumah Anak Yatim Ad-Dhuha dan SK Bukit Ibam di Muadzam Shah.

“Program ini adalah antara transformasi imej LHDN yang bukan sahaja sebagai sebuah agensi penguatkuasaan cukai, tetapi pada masa sama adalah sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat”.

“Imej LHDN sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab secara tidak langsung dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memasuki sesi persekolahan tidak lama lagi”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial LHDN Op Kasih 2.0 Ceria Kembali Ke Sekolah di sini.






Leave a Reply