Menu Utama

January, 2018

 

Ancaman Kepada Industri Sawit Yang Perlu Kita Ketahui

Malaysia berpendirian teguh mengkritik cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang penggunaan bahan bakar bio berasaskan minyak sawit selepas 2021. Kita sedang berusaha melobi dan menggunakan jalinan hubungan baik dengan pihak pemegang taruh di Eropah untuk menangani isu ini. Saya sudah menerangkan, pendirian kita bahawa tindakan EU tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas mengancam periuk nasi pekebun kecil sawit kita. Kempen digital terbaru Faces of Palm Oil diterajui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH), FELDA, Lembaga Penyatuan & Pemulihan TanahBaca Lagi


Mahathirisme mula meresap dalam Pakatan Harapan

Ideologi Mahathirisme yang dibawa oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat mula meresap ke dalam kepemimpinan dan akar umbi gabungan Pakatan Harapan diketuai DAP sejak beliau diangkat sebagai calon Perdana Menteri sementara awal tahun ini. Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, pe­mimpin dan penyokong Pakatan Harapan diketuai DAP kini mula menggunakan strategi politik yang diguna pakai oleh Dr. Mahathir sejak sekian lama, iaitu dengan menindas golongan minoriti dan me­nganggap sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan mereka sebagai musuh. “Saya bersimpati denganBaca Lagi


DAP Semakin Sukar Pertahan Isu Terowong

Menurut DAP, Terowong Pulau Pinang itu tidak perlu dibina dengan segera kerana pembinaannya hanya dirancang akan bermula pada tahun 2023 dan mungkin selesai pada tahun 2027. Ini membawa kita kepada soalan mengapa Kerajaan Pulau Pinang telah memutuskan untuk menganugerahkan projek Terowong Pulau Pinang tersebut pada tahun 2013 – 10 tahun sebelum pembinaan bermula? Ia juga menimbulkan persoalan mengapa Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah tanah yang tetap pada nilai hari ini untuk membayar sesuatu yang masih mempunyai 10 atau 14 tahun lagi? Tidakkah Kerajaan Pulau Pinang tahu bahawa nilai tanah perdanaBaca Lagi


Malaysia sedia hadapi perubahan pendidikan tinggi

Malaysia kini bersedia menghadapi perubahan dalam bidang pendidikan di peringkat pengajian tinggi sekali gus mengambil langkah-langkah berkesan bagi menangani isu kritikal kebolehpasaran graduan pada masa akan datang. Perkara itu dilontarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abdul Aziz yang meyakini bahawa reka bentuk semula pendidikan tinggi mampu mengatasi masalah jangkaan 65 peratus pekerjaan pada masa kini yang akan hilang dalam tempoh 2015 hingga 2020 berikutan pertindihan pekerjaan dan automasi. Katanya, reka bentuk pendidikan tinggi akan mempersiapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran dalam menciptaBaca Lagi


PM beri sumbangan peribadi kepada bekas pemenang Anugerah Kajai

Sumbangan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disampaikan kepada bekas wartawan Berita Harian, Tajuddin Saman, 70, di kediamannya di Presint 9 di sini berikutan terlantar sakit sejak lapan tahun lalu selepas diserang angin ahmar. Sumbangan kepada Tajuddin yang pernah memenangi anugerah tertinggi kewartawanan negara iaitu Anugerah Kajai pada 1990 itu disampaikan melalui Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles. Menurut Akmar, selain sumbangan peribadi Perdana Menteri, turut disampaikan kepada Tajuddin hari ini ialah sumbangan wang tunai daripada rakan-rakan setiausaha akhbar kepada menteri-menteri Kabinet. “HariBaca Lagi


4 wajah baharu Penyampai Berita dan Program Channel W sedia teroka cabaran dunia penyiaran

Channel W, Saluran 420 Unifi TV kini lebih bersinar dengan kehadiran empat (4) wajah baharu penyampai berita dan programnya bermula Januari 2018 ini. Sesuai dengan konsep baharunya menyampaikan berita dan isu semasa secara langsung bermula pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam, kini empat wajah baharu di Channel W ini mula mendapat perhatian umum. Syasya Jamal, Aiman Affendi, Fitri Hazam dan Puteri Ashiqin menemui anda seiap hari Isnin hingga Jumaat bagi memastikan berita terkini dan isu semasa sampai ke pentahuan anda tepat pada masanya. Syasya Jamal, 23, gadis kelahiran Kuala LumpurBaca Lagi


Bila Dah ‘Suka’, Beri Kenyataan Biasa Pun Dianggap ‘Menyeksa’!!

RAMAI penjenayah hari ini, kalau ada pilihan, berebut nakkan proses mengambil keterangan dari mereka dilakukan seperti mana bini Mahathir kelmarin.  Tak payah pergi balai beri keterangan, polis sendiri yang datang jumpa ambik keterangan, tempat jumpa pulak ikut selesa dia, ada lawyer dan sebagainya. Tanyalah mana penjenayah pun, semua nak proses mengambil keterangan mereka, dibuat macam itu.  Tapi tak pulak penulis mengatakan bini Mahathir tu penjenayah, yang nak terasa tu kenapa? Lagipun dia bukan di soal siasat, hanya diambil keterangan bagi jenayah sebenar yang didakwa dilakukan suaminya (terlibat dalam perhimpunan haram).Baca Lagi


Selepas Kajang & Permatang Pauh, Giliran Orang Bandar Tun Razak Pula Kena Tipu

Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya. Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menang atas tiket PKR tetapi selepas dipecat, beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen bebas. Jika betullah laporan yang disiarkan oleh sebuah portal pembangkang, Suara Pakatan Harapan itu, maka habislah penduduk di Bandar Tun Razak. Sudah dua penggal, Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat di parlimen Bandar Tun Razak, namun nilaikan sendirilah berapa kali 44,067Baca Lagi


Kembalilah Ke Tikar Sejadah, Bukan Kerusi PM

Agak kalut keadaan sentimen di dalam Pakatan Harapan apabila dilaporkan ramai yang membantah pemilihan seorang warga emas berusia 92 tahun sebagai calon Perdana Menteri mewakili gabungan DAP, PKR, PAN dan parti ‘cap bunga’ itu, baru-baru ini. Bantahan dikatakan bukan saja datang dari pengundi dari saluran 1, 2 dan 3, malah saluran pengundi 4 lebih ramai yang mengancam untuk memboikot atau melakukan undi rosak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti. Pening kepala dibuatnya… Maka bertalu-talulah portal pro-pembangkang menyiarkan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan untuk menggesa penyokong mereka supaya tidak membuat undiBaca Lagi


Dagangan Malaysia berjumlah RM1.622 trilion

Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 berjumlah RM1.622 trilion meningkat 20.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2016. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros berkata, prestasi kukuh itu juga mengatasi jumlah keseluruhan dagangan negara pada 2016 yang bernilai RM1.485 trilion. Menurut beliau, eksport meningkat 20.4 peratus kepada RM856.05 bilion sementara import berjumlah RM766.07 bilion. “Lebihan dagangan bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 adalah sebanyak RM89.98 bilion . Sektor pembuatan barangan menjadi penyumbang utama dagangan iaitu sebanyak 82.1 peratus diikutiBaca Lagi