Menu Utama

SYARIKAT LARI CUKAI DENGAN PENSTRUKTURAN ORGANISASI

Penstrukturan organisasi melalui pengasingan semula ke atas kos operasi akan melibatkan pertambahan atau pengurangan perbelanjaan langsung syarikat terutama kos tenaga kerja. Ini secara langsung akan menambah atau mengurangkan keuntungan syarikat bergantung kepada strategi syarikat masing-masing.

Syarikat induk yang mempunyai modal berbayar yang besar akan meluaskan empayar dengan menubuhkan beberapa subsidiari bagi tujuan pengalihan kos secara sistematik. Strategi ini akan mengalihkan segala urusan operasi berdasarkan teknik “strategi percukaian” yang diguna pakai sebagai terma amalan perakaunan.

Bagi menerangkan konsep yang mudah difahami, jika syarikat melihat keuntungan yang tinggi bakal dicapai, syarikat akan mengalihkan kos tenaga kerja ke syarikat yang menguntungkan bagi mengurangkan perbelanjaan dan secara relatifnya cukai yang dibayar dapat dikurangkan.

Pengalihan kos tenaga kerja ini melalui penstukturan organisasi melibatkan hanya dokumentasi atau sedikit perubahan kepada dasar dan polisi tenaga kerja. Kebiasaannya, teknik ini dapat dilihat apabila syarikat akan melakukan perubahan kepada dasar apabila melihat peluang untuk mengurangkan kadar cukai atau jumlah cukai syarikat yang perlu dibayar.

Perubahan ini tanpa melibatkan pemindahan tenaga kerja secara fizikal untuk berubah ke lokasi syarikat induk atau ke syarikat subsidiari lain. Sebagai contoh, status kesemua pekerja yang berada di syarikat induk dan subsidiari akan dikira sebagai status pekerja di syarikat induk sahaja. Walaupun secara fizikal, pekerja tersebut melakukan kerja untuk syarikat subsidiari.

Terma peminjaman (secondment) ke syarikat subsidiari diguna pakai dan kos tenaga kerja dapat di atur bagi mengurangkan kadar cukai di syarikat induk atau subsidiari bergantung kepada perlaksanaan strategi percukaian tersebut.

Jika dilihat kepada percaturan ini, kawalan ke atas perlaksanaan seperti ini perlu diberi perhatian. Amalan operasi ini dianggap sah tanpa ada sekatan dan akan menyebabkan kerugian jangka masa panjang akibat taksiran cukai syarikat yang tidak telus.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) perlu melihat ketirisan cukai akibat perlaksanaan penstukturan organisasi, dasar serta polisi syarikat yang menyebabkan manipulasi mungkin berlaku.






Leave a Reply

Threesome