Menu Utama

SKANDAL IPIC ATAU 1MDB?

Oleh Ab Jalil Backer

1. Saya fikir perbincangan yang dibuat mengenai 1MDB di UiTM semalam adalah satu tindakan tidak bijak dan hanya menimbulkan semula perbahasan mengenainya.

2. Apa yang dicakap oleh Peguam dari Amerika Syarikat semalam tidak membawa apa-apa isu baharu. Semuanya sudah dijelaskan sejak setahun yang lalu.

3. Namun disebabkan program tersebut isu ini menjadi sensasi semula. Maka hari ini kenyataan Peguam Negara US mengenai 1MDB menjadi besar semula.

4. Peguam Negara US menyebut skandal 1MDB kerana beliau merasakan ia sesuatu yang sensasi dan akan menarik perhatian media antarabangsa. Sepatutnya beliau menyebut Skandal International Petroleum Investment Co. (IPIC).

5. Ramai yang tidak sedar bahawa 1MDB menjadi kontroversi kerana ia didokongi oleh banyak pihak yang mempunyai kepentingan, bukan kerana penyelewengan itu bermula dengan mereka.

6. Ada pihak dalam negara seperti Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai “jaringan media antarabangsa” yang kuat untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Najib Razak. Mereka mahu menggunakan isu ini sehabis mungkin. Mereka sanggup bayar pelobi antarabangsa dan menghantar pelobi sini untuk ke seluruh dunia melobi membesarkan isu ini.

7. Ada pihak berkepentingan lain di luar negara yang mempunyai jaringan pelobi media yang hebat iaitu IPIC. IPIC sedaya upaya meletakkan kesalahan ini atas 1MDB. Ini kerana mereka tidak mahu membayar RM 3.5 bilion pelaburan 1MDB yang diurusnya.

8. Peguam Negara US juga tidak menjadi popular jika siasatan sekadar setakat IPIC dan membabitkan dua orang pegawai kanan mereka yang telah dipecat. Maka kenalah sebut 1MDB dan Najib Razak bagi selari dengan kehendak berita sensasi media antarabangsa.

9. Bagi 1MDB mereka tidak kehilangan apa-apa aset atau kewangan kerana berpegang bahawa pelaburan dalam Aabar BVI adalah keputusan perniagaan yang sah antara 1MDB dengan IPIC.

10. Apa yang DOJ katakan sebagai skandal 1MDB boleh sahaja dikatakan sebagai SKANDAL IPIC. Ini kerana yang menjadi pertikaikan ialah pelaburan 1MDB ke dalam “anak syarikat IPIC”, Aabar BVI.

11. 1MDB melabur dalam Aabar BVI berdasarkan perakuan IPIC ketika itu bahawa ia adalah anak syarikat mereka yang ditubuhkan untuk menguruskan pelaburan 1MDB. Hanya beberapa tahun selepas pelaburan dibuat, (iaitu pada 2016) IPIC menafikannya. Mustahil IPIC tidak sedar sebelum ini kerana perjanjian pelaburan tersebut dibuat dengan liputan meluas media antarabangsa.

12. Nama pemegang saham dalam Aabar BVI juga adalah nama dua orang pengarah utama IPIC iaitu Khadem Al Qubaisi, (Pengarah Urusan IPIC) dan Mohamed AL-Husainy, Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Pjs (sebuah lagi anak syarikat IPIC). Nama kedua-dua mereka tertera dalam syarikat Aabar BVI.

13. Justeru jika Jho Low atau sesiapa sahaja menyalahguna wang 1MDB yang telah dilaburkan dalam salah sebuah anak syarikat IPIC ia adalah skandal IPIC, bukannya 1MDB.

14. Tindakan IPIC memecat dan membekukan akaun Khadem dan Mohamed dengan jelas membuktikan kedua-dua mereka adalah orang yang bertanggungjawab terhadap dakwaan dan tuduhan penyelewengan ini.

15. 1MDB sebagai syarikat yang melabur tidak boleh dipertanggungjawabkan atas penyelewengan membabitkan pelaburan mereka yang diurus oleh IPIC.

16. Sebagai contoh, anda melabur dalam CIMB Unit Trust. Nazir Razak selaku Pengarah Urusan CIMB mengeluarkan surat menyatakan pelaburan anda hendaklah dimasukkan dalam salah sebuah anak syarikat CIMB. Dokumen yang diperolehi menunjukkan ia sememangnya diuruskan oleh Nazir Razak dan pegawai kanan CIMB. Adakah salah anda jika dana tersebut diselewengkan?

17. Sudah tentu tidak! Kesalahan adalah atas Nazir Razak dan CIMB. Ia tidak relevan sama ada penyelewengan itu dilakukan bersama dengan sahabat atau saudara anda.

18. Demikian juga 1MDB. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana semuanya dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang.

19. Mengapa 1MDB harus mengaku mereka kehilangan wang sedangkan yang hilang wang adalah IPIC menerusi pegawai-pegawai mereka yang korup?

20. Namun keadilan akan mengambil masa. Sementara itu yang menang ialah sensasi dan gosip.-MYKMU.NET



« (Previous News)



5 Komen to SKANDAL IPIC ATAU 1MDB?

  1. dkds says:

    Penjelasan yang menarik…

  2. sman says:

    Apa nak di risaukan kalau tak ada apa yg salah. Selama ini pun kita menunggu tindakan lanjut dari DoJ.Jangan pula jadi macam si pemakan cili yg terasa pedasnya.PM Najib dan mereka yg berkaitan perlu bersikap terbuka,jangan takut-takut dan berdolak dalih macam Mahathir dalam kes forex BNM.Mejoriti rakyat dah cukup bijak utk menilai.Lain kalai kalau tak mahu tingkah laku kita menjadi isu,pesan baik-baik pada anak pinak ,jangan gelojoh,berpada-pada dalam mencari peluang supaya tidak timbul tuduhan kleptokrasi.Walaupun dari segi peraturan mungkin tak salah,tapi fikirkan juga dari segi moralnya.

  3. geekpuk2 says:

    Amin Yatim kata Ini skandal IPIC tapi 1MDB setuju bayar dua kali USD 623 million balik kepada Aabar anak syarikat IPIC walaupun kes sedang dalam arbitration di mahkamah UK.

    Ini setelah dinyatakan bahawa wang tersebut telah dibayar kepada Aabar BVI, syarikat hampir sama nama yang telah ditutup.

    Point 9 diatas kena repair balik sebab tak tepat kata tak kehilangan aset atau kewangan. Kurang-kurang USD 623 million x 2

    Kita kena lawan Madey dengan hujah tepat

  4. Pemerhati says:

    kata musibat anak haram mahathir duit 1MDB kena songlap dengan Najib tapi 1MDB boleh ada duit pula bayarkan dulu pada pihak berkenaan selepas selesai arbitrasi di UK…pihak yang siasat kata 1MDB tak hilang duit ialah PAC diwakili oleh anggota parlimen pembangkang selain anggota parlimen BN

  5. Ann says:

    Betul tu. Ia skendel IPIC bukannya 1MDB. Pengurus IPIC perlu di bawa ke mahkamah. Yg kata ia skendel 1MDB adalah mereka yg bodoh, tak faham atau berniat jahat.

Leave a Reply

Threesome