Menu Utama

Sheila, ‘Squeeze’ Kepala Bapak Kau!!

MAHATHIR betul tidak tahu malu, menyokong artis suam-suam kuku yang buat kenyataan menghentam kerajaan, kononnya kerana berani bersuara.  Yang dia buat buat terlupa, dulu dia jugak yang mengarahkan M Nasir di gam kerana menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahannya pasca pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan dan UMNO.

Selain ‘mencuri’ wakil rakyat yang menang atas tiket parti lain dalam PRU13 untuk masuk dalam partinya, dia menggunakan pendekatan mencari populariti dari kalangan artis suam-suam kuku ini untuk menampakkan seolah perjuangannya mendapat sokongan.

Hakikatnya, mesyuarat cawangan pun partinya tidak mampu lakukan.

Tentang artis yang berkenaan, penulis tidak rasa ada keperluan untuk mengulas lebih lanjut mengenainya kerana kita semua tahu tidak ada siapa melantik artis ini untuk menjadi jurucakap rakyat selain mereka sendiri jadi kaya raya dengan mengenakan harga tiket yang tinggi untuk persembahan mereka – dan habis!!

Hutang negara yang mungkin dirujuk artis tua berkenaan untuk menyokong kenyataannya konon rakyat hidup tertekan, yang kita tahu tidak langsung menjejaskan rakyat seperti mana Mahathir mendakwa lesap RM 32 billion dalam skandal forex dulu tidak menjejaskan sesiapa.

Itu Bank Negara bankrap secara teknikalnya, pun Mahathir kata tak menjejaskan sesiapa, apatah lagi hutang negara sekarang yang berada pada paras selamat, tidak melebih separuh dari jumlah KDNK.  Lagipun lihatlah sekeliling, dimana bukti rakyat hidup tertekan  akibat hutang negara seperti yang dimaksudkan?

Tak hairan dia teruk dikerjakan netizen, seperti yang penulis lihat – tahnah kepada mereka semua ini.  Itu saja sudah cukup untuk mengajarnya agar pakai otak sebelum bercakap benda yang dia tidak faham.  Lagi baik nasihatkan anak-anak yang bergaya macam tak cukup kain tu.






Satu Komen to Sheila, ‘Squeeze’ Kepala Bapak Kau!!

  1. Pemerhati says:

    hidup tertekan konon tapi boleh pula beli tiket harga mahal2(sampai sold-out) tengok konsert kepepek anak perempuan pak majid tu..kalau prihatin sangat pada rakyat tertekan ni turunlah ke bawah bantu mereka dengan kekayaan yang ada…kalau takut keluar duit sendiri pergilah minta duit(derma/bantuan) dari 3 ekor anak madey & kroni2nya yang kaya raya tu…nak lagi bagus cuba chelen apa Datuk Jamal Md Yunos lakukan bagi makan percuma pada warga kota yang tertekan(kononnyalah, tapi ramai juga yang mampu beli rokok RM15+ sehari turut sama tak nak lepaskan peluang untuk makan percuma)

Leave a Reply

Threesome