Menu Utama

Rakyat Malaysia Bersolidariti Bantah Baitulmaqdis Jadi Ibu Negara Israel

Semalam di United Nation, 128 negara menolak cadangan Trump untuk jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel. Hanya 9 negara yang sokong cadangan Trump itu. 35 negara lagi berkecuali.

Malaysia antara yang paling awal dan konsisten dalam memperjuangkan isu ini. Keberanian Datuk Seri Najib dalam memperjuangkan isu Palestin ini tidak perlu dipersoal lagi oleh pembangkang. Datuk Seri Najib adalah sesatunya Perdana Menteri Malaysia yang memijak kaki ke bumi Palestin.

Hari ini suara rakyat Malaysia bergema menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Hari ini juga menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi ketegasan pendirian Malaysia yang akan terus teguh dan konsisten menolak keputusan AS itu sampai bila-bila.


NAJIB TUN RAZAK bersama Ahmad Zahid Hamidi dan barisan pemimpin NGO mengangkat tangan menandakan sokongan kepada Palestin dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir, Anwar H. Al Agha (tiga dari kanan) dan Zulkifli Mohamad Al-Bakri (dua dari kanan). – BERNAMA

Bukan itu sahaja, suara menerusi Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang diadakan di Putrajaya ini menyaksikan bagaimana UMNO sedia sepentas dengan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain atas nama Islam, demi mempertahankan Palestin daripada penindasan oleh rejim Zionis.

Malah bagi Najib sendiri, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan kenalan baiknya namun prinsip pertama maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam adalah jauh lebih penting.

“Kita ada maruah kita, sedikit sebanyak kita ada kekuatan kita. Apatah lagi kalau umat Islam di negara ini bersatu padu,” demikian kata Perdana Menteri.

Ia sekali gus menolak sindiran dan tuduhan pembangkang bahawa beliau tidak berani bertindak disebabkan hubungan baiknya dengan Trump.

Orang yang menulis di blog mengecam Najib itu hadir juga di masjid Putrajaya. Namun ketika himpunan diadakan, Mahathir hilang entah ke mana. Ambil gambar, kemudian bagi Malaysiakini buat “story” dan terus hilang. Barangkali takut sepentas dengan pemimpin Islam lain. Takut kena marah dengan DAP barangkali.

Ternyata apa yang dinyatakan oleh Najib telah membuktikan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada prinsip membawa suara Malaysia yang menentang pengiktirafan Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Najib turut menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah mesej yang jelas dan tegas kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Trump itu.

Ironinya ketika Malaysia mengadakan himpunan solidariti ini, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula telah memberikan tamparan hebat kepada langkah Amerika Syarikat.

Dalam pengundian pada sidang tergempar Perhimpunan Agung PBB, 128 buah negara mengundi menyokong resolusi PBB menentang langkah AS itu manakala hanya sembilan menolaknya termasuk Israel dan AS. 35 buah negara lain berkecuali.

Sesi mesyuarat tergempar itu diadakan bagi membincangkan status Baitulmaqdis selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya terhadap gesaan awal yang digubal oleh Mesir agar Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Susulan kepada keputusan PBB itu, Trump mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi PBB berhubung isu Baitulmaqdis tersebut.

Namun seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Malah Malaysia juga katanya bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.

Justeru, kepada pembangkang yang sering menipu rakyat dengan menyatakan Perdana Menteri dan kerajaan tunduk kepada Amerika Syarikat, sila betulkan kenyataan anda. Sebaliknya pembangkang yang mengharapkan sokongan AS dalam banyak perkara termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan usaha pembebasan Anwar Ibrahim.

Jangan lupa akan fakta berkenaan. Siapa yang mengharapkan sokongan siapa sekarang? Najib sudah buktikan beliau berpendirian tegas, bagaimana pula dengan pembangkang?

Hendak duduk sama sepentas dengan NGO Islam pun takut. Parti Melayu dalam pembangkang lebih takut pada DAP. Mereka hendak duduk atas pentas pun kena tanya DAP dulu. Sampai begitu sekali mereka takut pada DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB712, Jumaat
22 Disember 2017






Leave a Reply