Menu Utama

Rafizi Akan Terus Menipu Sebab Ada Penyokong Pakatan Bayarkan Saman

RAKYAT tak terperanjat bila Rafizi@sotong kering ini kantoi menipu menuduh syarikat yang menganjurkan Ekspo Negara tu milik abang Datuk Seri Rahman Dahlan semalam.  Kita sebaliknya terkejut kalau Rafizi tak menipu sehari dalam hidupnya.  Yahudi pun duduk sebaris dengan dia ni dari segi kelentong dengan muka confident.

Entah ada pendidikan agama ke tidak sampai nilai moral tu hampir tak nampak sama sekali.

Anwar dulu pun kelentong dalam skala mega ni sekali sekala.  Contohnya, tipu nak jadi Perdana Menteri 16 September, tipu bangla 40,000, tipu nak bersara kalau kalah PRU13 dan sebagainya, ada jarak yang agak panjang di antara satu-satu penipuan tersebut.  Itu Anwar tu, bapak kelentong negara.

Rafizi?  Hampir minggu, bulan, ada saja kelentong yang dia buat. Perdana Menteri dan isterilah, Tabung Haji lah, KWSP lah, LTAT lah, MARA lah (sebut apa yang teringat saja ni, yang tak teringat ada banyak lagi), sekarang dah dengan Rahman pulak.  Sehinggakan bila dia buat live, kita cari apa yang kenlentong dulu, bukan yang betul dulu.

Begitupun sama seperti yang lain, dalam hal ini penulis salahkan penyokong Pakatan sebab puak-puak inilah yang menyebabkan orang seperti Rafizi boleh terus cari makan.  Bayangkan, dia dapat jadi ahli parlimen ni pun sebahagiannya disumbangkan dari ‘kejayaannya’ menipu rakyat dalam soal NFC. Bukan ada jasa sama sekali.

Macam mana tak menjadi-jadi perangainya.  Tipu macam mana pun tetap ada jugak yang bagi sokongan.  Kena saman beratus ribu pun, akan ada penyokong Pakatan yang bayarkan – jenis sama yang mengadu hidup susah tiap-tiap hari tapi sanggup keluar beratus ribu untuk bayarkan saman Rafizi dalam kes NFC.

Nak hairan apa kalau dia tak bertaubat?

Semua ini perlu berubah.  Sampai bila nak bergantung harapan kepada kaki kelentong macam ni?  Rakyat kita bukan murah sangat nak dikelentong berkali-kali dengan orang macam ni, apatah lagi tolong pulak membayarkan bila dia kalah saman.

Apa pun penulis bersyukur kerana Rafizi menyebabkan rakyat, sebahagian besarnya makin jauh dengan Pakatan terutama orang Islam.  Walaupun Rafizi dah macam orang terbuang sekarang tapi dia masih membawa imej Pakatan tu ke mana saja dia pergi.  Justeru, apa pun buruk yang Rafizi bawak, akan terpalit kepada Pakatan sekali.

Dahlah takde apa yang baik disumbangkan kepada rakyat, waima di negeri yang mereka perintah, bela penipu pulak.



« (Previous News)



Leave a Reply