Menu Utama

Pesanan Najib Kepada PKR & Anwar, “Saya Hanya MELAWAT”….

DATUk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian PAU2017 nya sebentar tadi, menghantar mesej jelas kepada PKR, bagi membalas tindakan orang-orang parti itu memutar belit lawatan beliau ke atas Anwar beberapa minggu lepas, dengan berkata beliau hanya MELAWAT, atas sifat sebagai kawan lama.

Yang dilawat itu ditahan kerana meliwat. Najib turut membalas pantun yang ditujukan kepada beliau susulan dari lawatan tersebut.

Pantun balas ini dipercayai ada kaitan dengan banyak propaganda dan pembohongan yang disebarkan orang PKR, kononnya lawatan itu bukti Anwar adalah seorang tahanan politik dan Najib orang yang bertanggungjawab memenjarakan Ketua Umum Pakatan itu.

Hakikatnya, gagal mengawal nafsu sendiri menjadi punca dipenjarakan, selain proses perundangan yang memakan masa sehingga 7 tahun.

Apa pun, mesej yang lebih besar lagi ialah UMNO bersedia untuk berhadapan dengan semua putar belit Pakatan dan PKR khasnya yang dijangka lebih teruk dari yang berlaku dalam PRU13.  Kalau datang melawat orang sakit pun diputar belit dengan pelbagai andaian, apatah lagi semua kebaikan yang dibawa oleh kerajaan.






Leave a Reply

Threesome