Menu Utama

Akta SPRM: Itulah, Jangan Cepat Nak Gembira Sangat

BILA Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Guan Eng untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM – yang memerlukan pihak pembelaan memfailkan pernyataan pembelaan terhadap pendakwaan yang dikemukan terhadapnya, sebagai tidak sah, pengikutnya bersorak gembira di media sosial mendakwa keadilan sudah terlaksana dan semacam dia sudah didapati tidak  terlibat rasuah.

Yang betulnya, kes rasuah Guan Eng sebenarnya belum pun bermula dan yang ‘menang’ di Mahkamah Rayuan tu hanya menyentuh tentang Seksyen 62 sahaja, itupun Guan Eng yang cabar di Mahkamah.

Hari ini bila Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan dengan membenarkan permohonan SPRM dan Seksyen 62 diisytiharkan sebagai sah, apa pulak respon puak-puak ini sekarang?

Itulah kita kata, jangan nak cepat suka sangat,  Sistem Mahkamah dalam Malaysia ni ada 3 lapisan semua sekali.  Tak semua berakhir di Mahkamah Persekutuan, tengok mula dekat manalah.  Dalam perkara ini, kes yang bermula di Mahkamah Tinggi berakhir di Mahkamah Persekutuanlah, dan ia tidak menyebelahi Guan Eng.  Hilang yang suka-suka masa di Mahkamah Rayuan tempoh hari ye tak?

Justeru digesa kepada yang berkenaan untuk tidak lagi mencari jalan bagaimana untuk memanjangkan dan menangguhkan kes ini lagi.  Harap sebelum Parlimen dibubarkan, sekurang-kurangnya sudah ada keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi sama ada Guan Eng terlibat rasuah atau tidak.  Ramai orang tak sabar nak tahu sangat-sangat tu.

Ini, depan orang cakap lawan tetap lawan, masuk court, jadi cerita lain pulak, tak baiklah macam itu.






Leave a Reply