Menu Utama

#PAU2017 : Terkenang Saat Yang Bahagia, Meroyan Berkoyan-koyan

Perhimpunan Agung UMNO, satu acara penting dalam dunia politik tanahair yang mana ia bukan sahaja berkenaan dengan ahli UMNO semata, tetapi juga rakyat Malaysia khususnya peminat politik tanahair.

Aura, kegembiraan, terharu, persahabatan, kasih sayang dan pelbagai lagi rasa, tercurah di dalam perhimpunan ini. Ada juga dengan nada selamba, melabelkan acara ini sebagai “hari raya UMNO”.  Oleh yang demikian, tidak hairanlah ia menjadi acara yang ditunggu-tunggu saban tahun.

Bagaimana rasa dan perasaan jika tidak berada di acara berkenaan setelah bertahun-tahun menghadirinya?

Soalan tersebut, boleh sahaja ditanya kepada ahli-ahli PPBM, yang memilih untuk dikemudi oleh ketaksuban, berbanding rasional. Tentu sahaja akan terkesan di hati mereka, walau enggan mengakui secara lisan.

Maka, tidak hairanlah jika kita mendapati perhimpunan agung UMNO ini dikritik hebat dengan tohmahan, terutamanya di media sosial oleh mantan-mantan ahli UMNO. Sebenarnya, ia hanya manifesto akan rasa iri hati dan dengki kerana sudah tidak dapat bersama di acara tersebut. Mereka sebenarnya digelangi rindu teramat, sungguh pun sedar talak sudah pun mereka lafazkan. Hendak rujuk, kesipuan pula nanti jadinya.

Apapun, penulis percaya, UMNO tetap membuka pintunya kepada mana-mana bekas ahli yang ingin kembali. Apatah lagi dengan gaya kepimpinan Presiden UMNO DS Najib Razak yang memilih untuk tidak bermusuh dengan siapa-siapa, pasti akan ada ruang dan peluang untuk mereka yang pernah dijajah dengan ketaksuban untuk kembali berjuang bersama UMNO.

Dengan jumlah perwakilan dan pengunjung yang sangat padat hari ini, suka penulis ingatkan bahawa jumlah tersebut telah jauh melepasi angka 12 orang. Saban tahun, jumlah hadirin seolah tidak berubah, menandakan patah tumbuh hilang berganti, bukti UMNO masih lagi disayangi.

Selamat bersidang para perwakilan.






Leave a Reply

Threesome