Menu Utama

#PAU2017 : Peringatan tiga sayap UMNO

Agenda pembangkang diragui

KETUA Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dalam PRU-14, rakyat hanya dua pilihan sahaja sama ada bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) atau bersama pembangkang yang dipimpin parti cauvanis DAP.

Katanya, kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menunjukkan rekod cemerlang dalam membangunkan negara.

Berbanding pembangkang, tegas beliau, selain tidak mempunyai pengalaman, agenda partiparti politik pembangkang juga sangat meragukan apatah lagi pakatan itu didominasi oleh DAP.

“Adakah kita sanggup menyerahkan negara yang sudah kita bina selama ini kepada pemimpin cauvanis yang agenda mereka amat membimbangkan kita semua.

Sebab itu kita hanya ada dua pilihan,” katanya.

Bahaya parti serpihan

KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengingatkan ahli-ahli bahawa mereka bertanggungjwab menyakinkan rakyat bahawa UMNO adalah parti masa depan dan bukannya parti semalam.

Oleh itu, tegas beliau, UMNO tidak boleh memandang ringan cabaran parti serpihan UMNO.

“Walaupun kita yakin UMNO lebih kuat, UMNO lebih hebat, kita jangan lupa bahawa parti Bunga ini akan mencedok dari kolam penyokong yang sama,” tegasnya.

Katanya, UMNO kini berdepan dengan orang Melayu yang berada di persimpangan jalan – antara mantap dengan perpaduan atau ranap dengan perpecahan.

“Pergunakanlah segala daya dan upaya bagi mengembalikan sokongan politik orang Melayu untuk mengundi UMNO sebagai parti utama, seterusnya memayungi umat Melayu,” katanya.

Awas politik DAP

KETUA Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menegaskan, PRU-14 adalah medan pertempuran paling penting dalam memastikan survival perjuangan agama, bangsa dan negara yang didukung UMNO selama ini.

Katanya, meskipun pemimpin datang dan pergi, kepentingan bangsa perlu kekal terpelihara melalui kuasa politik orang Melayu.

“Masa depan kita sangat berkait rapat dengan keputusan PRU-14. Jangan sesekali alpa daripada memikirkan kenyataan ini,” katanya.

Menurut Mas Ermieyati, negara tidak boleh meletakkan nasib kepada pakatan pembangkang yang penuh dengan kontroversi terutamanya DAP yang amat cauvinis dan bersikap berat sebelah.

Utusan






Leave a Reply

Threesome