Menu Utama

PAU2017: Dalam Kita Bergembira, Jangan Lupa Parti Yang Tiada (Mesyuarat)

DARI pemerhatian penulis, persiapan untuk Perhimpunan Agung 2017 UMNO yang akan datang, begitu mantap dan meriah.  Sejak beberapa minggu lepas persiapan begitu rancak dilakukan sampai ada kakitangan yang balik malam dan awal pagi untuk memastikan perjalanan persidangan berjalan dengan lancar.  PWTC pula menjadi extra busy pada permulaan minggu ini dengan penumpuan khusus untuk menyambut perwakilan dari seluruh negara menghadiri perhimpunan ini.

Memandangkan stesen bas Putra sudah dirobohkan, ramai menjangkakan akan berlaku masalah untuk meletakkan kenderaan.  Dengan ada stesen Putra dulu pun banyak juga masalah meletak kenderaan, dijangka tahun ini lebih parah lagi dari segi parking ini.

Faham sajalah, UMNO parti yang mempunyai lebih 3 juta ahli yang SEBENAR, bukan main petik-petik angka dari langit.  Ikut penerangan, jumlah keahlian makin bertambah dari hari ke hari, bukan berkurang macam satu parti serpihan tu.  Maka itu adalah digalakkan semua pemerhati ke persidangan kali ini untuk menggunakan pengangkutan awam kalau nak ke PWTC.

Tak macam tahun dulu, tahun ini sudah ada perkhidmatan MRT yang tidaklah terus ke PWTC tapi bersambung dengan perkhidmatan LRT yang langsung ke PWTC – jalan sikit saja.  Ini semua kemudahan yang diusahakan Presiden kita, YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Oh ya, dalam ahli-ahli UMNO bergembira untuk menyambut persidangan UMNO kali ini, janganlah kita melupakan bahawa, sementara kita dah bermesyuarat, bersidang berpuluh-puluh kali sejak ditubuhkan, ada parti yang masih tidak ada mesyuarat cawangan pun, nak mesyuarat agung lagilah jauh.

Nampak sangat parti kita diurus dengan baik dan proses demokrasi itu berjalan dengan baik juga. Nak mesyuarat pun tidak rungsing sangat.  Cawangan berlambak, ahli pun ramai.






Leave a Reply

Threesome