Menu Utama

Najib/Zahid Pimpin UMNO, Bukan Cerita Perebutan Jawatan Tapi Nak Bagitau Kami Dah Tentukan Ketua

BERSUSUN-SUSUN pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat, sejak semalam bercakap tentang hasrat ahli-ahli UMNO untuk melihat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.

Kenyataan ini sebenar bukan apa, hanya nak bagi maklum kepada rakyat Malaysia bahawa kami sudah tetap siapa ketua dan nakhoda untuk memimpin parti/kerajaan sebelum/selepas PRU14 yang akan datang.  Ini bukan sangat tentang UMNO bercerita soal pemilihan bila PRU14 pun belum lagi, tidak.

Ini tentang memberitahu rakyat siapa yang akan memimpin selepas PRU14 nanti.

Perkara ini penting sebab dalam masa yang sama, Pakatan masih belum tentu siapa ketua mereka.  Baru tersebar khabar angin Mahathir dan Azizah akan dilantik sebagai Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri, dah kelam kabut menepis kiri dan kanan takut backfire.

Itu yang sebenarnya, ada faham?

Jadi usahlah Pakatan mempolitikkan perkara ini sebab awak tidak faham apa yang berlaku.  Benda dalam UMNO ni, tak usah sibuk nak cakap dari lensa Pakatanlah, takkan fahamnya.

Rakyat pun diminta tidak terpengaruh dengan propaganda Pakatan, seolah UMNO sudah kecoh tentang pemilihan bila PRU14 pun belum.  Ini bukan pasal itu, tapi sebab kita nak bagitau rakyat tak perlu bimbang tentang memilih BN sebagai kerajaan sebab kita dah tetap ketua dan tidak akan apa pergolakan selepas itu dalam hal tersebut.

Sedangkan kalau pilih Pakatan, jika mereka menang, apa yang berlaku selepas itu adalah perebutan jawatan yang akhirnya akan menyusahkan rakyat kembali terutama jawatan Perdana Menteri dan kementerian-kementerian penting.  Sebab itu penting ditetapkan siapa ketua dan Timbalannya sekarang.

 

 






Leave a Reply

Threesome