Menu Utama

Mahathir Melayu Mudah Lupa – Najib

 PPBM mungkin menyesal dengan keputusan untuk menumpukan semua usaha dan sumber mereka menyerang UMNO sejak ditubuhkan, sehingga terlupa mengemas pentadbiran parti itu supaya diakhirnya satu mesyuarat agung dapat diadakan – buat pertama kalinya.

Tanpa mesyuarat agung itu, PPBM menjadi sitting duck atau sasaran mudah Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini.  Ucapan dasar ketua-ketua parti dalam mana-mana mesyuarat agung, memang dinanti-nantikan.

Cakap banyak apa pun, kalau buat mesyuarat cawangan (apatah lagi mesyuarat agung) tak boleh dilaksanakan, apa mau gebang pasal mentadbir negara lagi?

Najib juga dalam ucapan yang sama, membidas Mahathir sebagai melayu mudah lupa yang sebenarnya – di atas pentas yang sama Mahathir, pada satu ketika dulu sibuk menuduh orang Melayu sebagai bangsa mudah lupa.  Rupanya bukan kita orang Melayu dan ahli UMNO yang jadi bangsa mudah lupa, tapi Mahathir asal Kerala.

Begitupu satu yang penulis perasan, Najib berulang kali menggambarkan Mahathir sebagai bekas negarawan.  Ini bermaksud, Mahathir bukan lagi seorang negarawan yang layak dihormati rakyat Malaysia.  Dia nampak ‘besar’ sebelum ini pun sebab UMNO/BN menjadi pendukungnya, bukan sebab dia seorang tu saja.

Tanpa UMNO, Mahathir hanya anak kepada seorang imigran (berkahwin dengan orang sini) yang berjaya menjadi antara pertama sebagai doktor di negara kita, itu saja.






Leave a Reply

Threesome