Menu Utama

LAPORKAN CUKAI YANG DILARIKAN

Sikap ambil tahu dengan setiap berlaku di sekeliling perlu bagi masyarakat yang bertanggungjawab terutama bagi mereka yang patuh dalam mengikuti undang-undang. Ini termasuklah pematuhan terhadap pendapatan yang perlu diisytiharkan.

Sebagai agensi yang mentadbir cukai negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sentiasa komited untuk memerangi sesiapa sahaja yang sedang dan telah melarikan cukai yang sepatutnya di bayar seperti yang termaktub di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Kesedaran umum adalah perlu kerana setiap cukai yang dibayar adalah penyumbang kepada hasil terbesar negara. Hasil ini akan disalurkan semula kepada rakyat seperti yang dinyatakan dan dirancang melalui Bajet tahunan negara.

Oleh itu sebagai pembayar cukai yang patuh dan bertanggungjawab, kita sepatutnya bersama-sama memastikan setiap individu dan syarikat membayar cukai yang telah digariskan demi menyumbangkan kepada pembangunan negara.

Sekiranya anda mempunyai maklumat tentang ketidakpatuhan atau cukai dilarikan ini, maklumat boleh  disalurkan dengan cara menulis surat dan membuat laporan melalui alamat ini:

Bahagian Sumber Dan Aduan Awam

Jabatan Perisikan Dan Profiling

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Aras 3,

Menara 2, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Laporan juga boleh dilakukan melalui email pelariancukai@hasil.gov.my (Aduan Pelarian Cukai) atau menelefon ke nombor 03-89133990 (talian terus) atau 03-89133800 (sambungan: 120560, 120564, 120569 atau 120578) atau dengan hadir sendiri ke pejabat di alamat seperti yang tertera atau mana-mana Pejabat Pengarah Negeri atau pejabat Cawangan Siasatan (CSi), LHDNM.

Maklumat yang diperlukan bagi setiap laporan yang dibuat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat penuh, bagaimana pelarian cukai pendapatan dilakukan, dokumen rujukan (jika ada) dan maklumat lain yang penting atau berkaitan.

Bagi setiap laporan yang dilakukan jaminan kerahsiaan diberikan oleh LHDNM di mana segala maklumat dan identiti anda sebagai pengadu adalah rahsia.






Leave a Reply

Threesome