Menu Utama

Lantik Mahathir PM Semula Sama Seperti Dah Keluar Mulut Buaya, Masuk Balik Mulut Buaya

DALAM pilihanraya umum 2004, rakyat berpesta menyambut perletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri beberapa bulan sebelumnya dengan memberikan kemenangan yang cukup besar kepada BN.  Hampir 90% kerusi parlimen dan DUN dimenangi BN termasuk merampas kembali Terengganu dari PAS malah hampir menawan semula Kelantan yang ketika itu dipertahankan PAS dengan kelebihan hanya satu DUN dan DUN yang satu itu pun PAS menang dengan hanya 2 majoriti undi.

Macam itu punya bergaya rakyat meraikan Mahathir berhenti.

Sekarang Pakatan nak lantik semula Mahathir jadi Perdana Menteri kalau mereka menang?  Sudah cukup teruk melantik Mahathir jadi Top Dog, sekarang nak lantik semula jadi Perdana Menteri pulak?  Ini sama seperti dah keluar mulut buaya (bila Mahathir berhenti), masuk balik mulut buaya.(lantik semula Mahathir jadi Perdana Menteri).

Ini kerja orang bodoh dan rakyat harus menghukum puak-puak ini dengan memberikan mandat yang besar kepada BN dalam PRU14 yang akan datang, sama seperti rakyat meraikan Mahathir berhenti tahun 2004 yang dulu.

Konon Perdana Menteri interim saja sementara tunggu Anwar keluar penjara. Hello, ini Mahathirlah, Kerala mari tau, dia mana reti buat kerja ikut peraturan yang kita semua faham.  Siapa sangka untuk pastikan pemilihan 1987 tak diadakan semula, Mahathir haramkan UMNO supaya dapat tubuh UMNO Baru?  Malah menurut Raja Petra Kamarudin, pada satu ketika Mahathir bersedia menggunakan tentera untuk memastikan kuasanya terpelihara dengan melantik adik ipar sendiri sebagai Panglima.

RPK lah cakap, bukan penulis.

Penulis tak terkejut kalau pada saat ini Mahathir selesai mengkaji undang-undang seperti SOSMA untuk digunakan demi menghapuskan musuh-musuh politiknya dan memastikan jawatan Perdana Menteri Pakatan yang kononnya interim tu, bertukar jadi jawatan kekal!!

Apa pun dengan Pakatan sendiri tak war-warkan keputusan retreat untuk lantik Mahathir jadi Perdana Menteri semula ini, penulis rasa mereka sendiri pun tidak yakin dengan keputusan tersebut.  Elok kalah sikit, nanti kalah semua terus.

Pakatan kena ingat ni, jasa dahlah takde waima di negeri yang dia perintah pun, harap manipulate isu sana sini saja untuk dapat untung politik, lantik pulak Mahathir jadi PM semula?  Buruk-buruk yang dikatakan tentang Najib, banyak rakyat dapat manfaat dari pentadbiran beliau.  Ambik MRT cukup.  Kalau takde MRT tu, jenuh juga nak ke Sogo dari Kajang masa komuter terbalik tempoh hari.

Yang jimat masa dan duit minyak, tol bila Rawang-Bypass siap, tak sebut lagi. Semua ni jasa Najib kepada rakyat yang tak terlawan dek Pakatan. Pakatan cakap banyak pasal kos sara hidup tapi bajet Kementerian yang jaga kos sara hidup (KPDNKK) nak dihalangkan pulak.

Ini contoh biasa-biasa yang berlaku dalam kehidupan sehari-harian ni, jangan cakap yang besar-besar macam BR1M lagilah kan.






Leave a Reply

Threesome