Menu Utama

Kerana Tun Taib Bijak, SESCO Tidak Terlepas Ke Tangan Mahathir

Isu berkaitan hak Sarawak hanya tular pada masa ini meskipun ia sudah berlaku sejak era Tun Taib menjawat jawatan Ketua Menteri lagi.

Mungkin untuk membincang mengembalikan hak Sarawak sukar untuk dilaksanakan kerana pihak kerajaan pusat ketika itu tidak pernah membuka peluang untuk berbincang terutama era Tun Mahathir jadi Perdana Menteri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Tun Mahathir pernah mendesak kerajaan negeri untuk mengambil SESCO (sekarang dikenali Sarawak Energy) daripada Sarawak. Tanpa berbincang terlebih dahulu Mahathir terus menyatakan hendak mengambil SESCO untuk dijadikan milik kerajaan pusat.

Menyedari taktik licik Mahathir, Tun Taib ketika itu hanya berkata jika hendak mengambil SESCO perlu bayar pampasan terlebih dahulu. Ketika itu nilai aset SESCO mencecah RM1 bilion. Mahathir tidak jadi mengambil SESCO.

Rentetan daripada peristiwa tersebut memperlihatkan sikap Mahathir yang tidak menghormati hak Sarawak dan bukan jenis yang mahu berbincang. Jika Tun Taib tidak bijak, sudah pasti SESCO akan mengalami kerugian sepertimana MAS, Proton, Sime Darby dan sebagainya.

Kebijakkan pemimpin seperti Tun Taib terus diwarisi oleh pemimpin PBB seterusnya sehingga ke hari ini. Menyedari hak Sarawak begitu penting, Allahyarham Tok Nan dan kini Abg Jo terus berusaha mengembalikan hak Sarawak mengikut undang-undang yang termaktub.

Apa yang menjadi kebaikan kepada Sarawak ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlapang dada membuka pintu rundingan dan beberapa kali menyatakan apa yang menjadi milik Sarawak tetap akan kembali ke Sarawak.

Abang Jo berterima kasih kepada Najib yang begitu perihatin berkaitan isu tersebut dan telah mengembalikan 13 perkara kembali kepada Sarawak pada fasa pertama rundingan.

Inilah landasan yang betul bagaimana hendak bertindak dan bukan dengan berdebat yang tidak akan menyelesaikan masalah. Oleh itu, di bawah Barisan Nasional, perbincangan dibuat sebagai sebuah keluarga. – Abdul Halim Jantan

Sarawakiana.net






Leave a Reply

Threesome