Menu Utama

Kerajaan Zalim Kenakan GST 6%?

oleh Ab Jalil Backer

Saya betul-betul tidak faham pengguna media sosial anti-kerajaan.

Mereka memaki hamun Kerajaan yang ambil 6% dari harga barang dan perkhidmatan untuk menampung kos pembinaan, penyediaan dan penyelengaraan infrastruktur, kesihatan, pendidikan sekolah dan keselamatan.

Namun tiada siapa memaki hamun peniaga dan pengeluar yang mengambil keuntungan antara 30-50% atas keuntungan barangan yang dijual.

Tiada siapa memaki hamun Samsung dan Apple yang menjual telefon bimbit berharga RM 4-5 ribu seunit walau kos pembuatan seunit sekitar RM 1,500 sahaja.

(Apple spends $236 to make each iPhone 6s Plus device, which it sells for over three times that value at $749—a 217.4% percent markup. SOURCE: CNBC)

Tiada sesiapa yang memaki hamun artis yang mengenakan harga tiket konsert RM 888 untuk seorang.

Mereka ini semua untung besar dan tidak memberi faedah besar kepada masyarkat tetapi diagung-agungkan.

Sebaliknya kerajaan yang membuat pelbagai bantuan untuk rakyat dicaci dan dicerca kerana mengutip GST 6%

Bukankah pelik rakyat Negara ini?

Mereka sanggup membayar lebih untuk membiayai kehidupan mewah kapitalis dan artis; namun tidak sanggup membantu membiayai pembinaan prasarana dan perkhidmatan yang kerajaan bagi kepada setiap rakyat?

Sebenarnya siapa yang tidak prihatin dengan rakyat miskin?






2 Komen to Kerajaan Zalim Kenakan GST 6%?

  1. geekpuk2 says:

    betul tu

    Rakyat tak sedar untung

    Bila UMNO menang lagi esok, kenakan GST kepada semua barang dan perkhidmatan tanpa pengecualian.

    Hidup UMNO.Hidup GST

  2. Ab Jalil Backer brader ke tulis?😎👍

Leave a Reply