Menu Utama

MASIH DALAM PARADIGMA MAHATHIR-ANWAR

Isyarat Demokrasi Yang Salah Tiga Sayap UMNO

Oleh Ab Jalil Backer

Usul ketiga-tiga sayap Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wanita, Pemuda dan Puteri supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditentang dalam Pemilihan Agung UMNO akan datang adalah tidak munasabah dan menunjukkan UMNO masih belum keluar dari kepompong paradigma Mahathir – Anwar Ibrahim.

Apabila Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak membawa cadangan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk meluaskan ruang demokrasi pemilihan UMNO suatu ketika dahulu, kita menyambutnya sebagai satu peremajaan ideologi dan paradigma parti.

UMNO keluar dari kepompong demokrasi elit yang hanya memberi ruang kepada 2000 orang perwakilan menentukan pucuk kepimpinan tertinggi parti kepada hampir 144 ribu orang perwakilan dari seluruh negara.

Walaupun ada penambahbaikan perlu dibuat terutama dari segi ketelusan dan pelaksanaan hari memilih, namun ini adalah titik penting dan bersejarah kepada UMNO. Sebagai antara parti pemerintah tertua di dunia, UMNO menunjukkan ia bersedia melakukan perubahan mengikut kehendak semasa.

Malangnya, usul semalam yang mahukan kedudukan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dicabar dalam pemilihan akan datang adalah satu usul yang melangkah proses pendemokrasian dan evolusi dalam UMNO.

Hakikat ia datang dari Wanita UMNO tidak menghairankan kerana mereka merupakan sayap parti yang konservatif dan bersifat keibuan (motherly).

Namun usul yang turut dibawa oleh Pemuda dan Puteri agak mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya apakah kepimpinan kedua-dua sayap ini masih relevan dalam mewakili suara anak muda? Anak muda yang celik politik tentu tidak akan menerima usul ini sebagai sesuatu yang syumul dan indah.

Apa salah dengan pertandingan di peringkat tertinggi parti? Idea tiada pertandingan peringkat tertinggi ini adalah idea dan paradigma Mahathir-Anwar pada 1990-an. Apakah selepas 20 tahun kita masih mengitar semula idea lapuk dan ketinggalan zaman ini?

Malah pada 1990-an pun terdapat suara-suara yang tidak bersetuju dengan usul ini. Malangnya, hari ini ia masih diulang-ulang seolah-olah tanpa pertandingan parti akan kukuh dan kuat. Hakikatnya, sejak idea ini disuarakan dan dilaksanakan berkali-kalilah parti berpecah dan menjadi lemah.

UMNO melalui pertandingan paling sukar pada 1987 tetapi ia keluar menjadi sebuah parti lagi kuat dan kekal relevan sehingga 20 tahun kemudian. Pada 1993 berlaku pertandingan Timbalan Presiden UMNO yang menyaksikan penyandang jawatan, Tun Ghafar Baba tersingkir, namun dalam pilihan raya berikutnya UMNO dan Barisan Nasional menang bergaya.

UMNO membawa usul tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden selepasnya, Namun pada 1998, Timbalan Presiden UMNO dipecat daripada parti dan dalam Pilihan raya 1999 UMNO mengalami kekurangan kerusi yang sangat teruk biarpun Barisan Nasional kekal memerintah.

Pada pemilihan 2004 diusulkan tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bagi mengekalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Dalam pilihan raya umum 2008, kita kalah 5 negeri.

Pada 2009 berlaku pertandingan Timbalan Presiden yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dalam pilihan raya 2013 kita menang lebih baik dalam pilihan raya umum berbanding 2008.

Pada pemilihan 2013 tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Dua tahun kemudian Timbalan Presiden UMNO dipecat dari parti.

Jadi hujah pertandingan dua jawatan tertinggi menyebakan perpecahan dan melemahkan parti yang dibawa oleh Mahathir-Anwar suatu ketika dahulu bukan sahaja tidak relevan malah sudah ketinggalan zaman.

Tidak cukup dengan menangguh pemilihan selepas pilihan raya, kini proses demokrasi mahu dikecilkan lagi dengan mengusulkan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi.

Jika demikian elok diusulkan supaya dihapuskan sahaja pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden selagi penyandang tidak meletak jawatan.

Jika kita mahu memimpin parti demokrasi, kita harus bersedia memahami dan menyuburkan proses demokrasi tersebut. Jika tiada orang mahu menentang Presiden atau Timbalan Presiden ia adalah satu kebaikan untuk parti.

Namun mengusulkan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi ini sangat memalukan seolah-olah UMNO ini tidak mampu menguruskan demokrasi dan masih hidup dalam budaya ciptaan Mahathir.

*Artikel ini tidak mewakili padangan Mykmu.net. Ia adalah pandangan peribadi penulis.






2 Komen to Isyarat Demokrasi Yang Salah Tiga Sayap UMNO

  1. Pemerhati says:

    mengadakan pemilihan tahun ini boleh menjejaskan fokus & mood(yang perlu bertambah) bermula dari sekarang untuk ganyang pembangkang dalam PRU14…bila tiada pemilihan diadakan untuk jawatan presiden & timbalan presiden serta jawatan2 tertinggi lain pada PAU tahun ini, niat ahli UMNO yang tidak mahu memilih(jika diadakan pemilihan tahun ini) Najib atau Zahid akan terbantut & mereka ini terpaksa terarah ikut sama dengan ahli2 lain(yang tidak kisah pemilihan tidak diadakan tahun ini) dalam memberi fokus mengganyang pembangkang dengan semangat yang berkobar-kobar

    jika ahli UMNO sebegini dilihat tidak menunjukkan gerak kerja & semangat berkobar-kobar(yang perlu bertambah) bermula dari sekarang, bermakna mereka ini baru terkena mandrem sial(membenci Najib) musibat anak haram mahathir atau masih belum hilang(kerana sengaja tidak mahu hilangkan) mandrem sial musibat anak haram mahathir yang telah terkena pada dirinya sejak tiga, dua atau setahun yang lalu

  2. dkds says:

    Mereka tak boleh nak move on ….duk masih bernostalgia di zaman kutty…tak perlulah takut untuk menghadapi cabaran. Najib berani melakukan perubahan dan lawan geng madey di pentas ekonomi dan politik. Tapi cara 3 sayap ini usulkan menampkkan najib lemah dan tidak berani.

    Bukankah dengan membuka pertandingan jawatan tertinggi mengurangkan pergeseran dalam parti….tapi yang kalah perlulah terima kekalahan mereka.

Leave a Reply

Threesome