Menu Utama

GST Tu Cukai, Bukan Darth Vader!!

ISU umrah dikenakan GST ssebetulnya sekadar memperlihatkan bagaimana bebalnya penyokong Pakatan ini dalam bercakap tentang sistem percukaian tersebut.

Penulis  tidak mahu mengulas panjang kewajaran GST dikenakan ke atas umrah ini kerana percayalah, sama seperti benda-benda lain yang dicukaikan dalam negara ini, GST tidak akan menyebabkan berkurangnya jumlah orang yang pergi menunaikan umrah ni. 

Ini kerana, orang menghabiskan lebih banyak wang untuk pelbagai tujuan bila jejak kaki ke bumi Arab Saudi ni (belum laksana ibadah umrah lagi). Setakat nilai GST yang dikenakan ni, tak beri impak langsung kepada keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan.  I’ve been there, I know.

Boleh jadi bahan Pakatan nak hentam kerajaan sajalah – ini biasa. Kalau tak GST, isu lainlah pulak Pakatan akan cari untuk hentam kerajaan.  Tapi, nama GST nak menyekat rakyat dari beramai-ramai menunaikan umrah, tidak sekali.

Yang pentingnya sekarang rakyat perlu melihat cara Pakatan bersungguh menjenama buruk kan GST ni, sama betulnya caranya dengan Rafizi menipu dalam isu Raslan Dahlan ialah abang kepada Rahman Dahlan tempoh hari  penuh yakin dalam mengelirukan rakyat.  Buruk benar GST ini dijadikan mereka sedangkan sebelum GST, ada SST – cukai juga.

Hakikatnya, aktiviti umrah yang terlalu banyak sekarang ini kerana rakyat semakin berduit dan mampu untuk melakukannya, memerlukan pemantauan kerajaan yang lebih teliti bagi mengelakkan berlaku unsur penganiayaan, aktiviti penyeludupan manusia dan sebagainya.

Semua ini mewajarkan kutipan GST dikenakan. Pakatan patut kaji macam mana dengan negara hampir bankrap dan ekonomi makin tenat seperti yang dipercayai mereka, pergi umrah dah macam pergi Langkawi sekarang, bukan mempolitikkan nilai kecil GST yang dikenakan ni.

Orang miskin tak pergi umrah, jadi cukai ni tak akan menjejaskan mereka.

Bila sesuatu industri meningkat, dalam hal ini umrah,bodoh kalau kerajaan tidak mengenakan cukai ke atasnya, sama seperti DAP Pulau Pinang mengenakan cukai katil – mengambil kesempatan ke atas industri perlancongan yang meningkat di negeri tersebut.






Leave a Reply