Menu Utama

Chin Peng Ada Rashid Maidin, Kit Siang Ada Zaid Ibrahim

SULTAN dan Raja di negara kita ada kedudukan yang tersendiri dalam sistem pemerintahan negara kita.  Penulis tak tahulah pasal orang lain tapi pada penulis sendiri, institusi beraja ni sama macam kita hormatkan mak ayah kitalah.  Walaupun mereka mungkin ada buat salah, tapi cara menegur tu perlu kena dengan caranyalah.

Itu kalau ada buat salah.

Justeru bila Sultan menegur dalam sesuatu isu seperti mana Sultan Selangor menegur Mahathir kelmarin, ia tidak seharusnya dilihat dari faham politik.  Apatah lagi membalas teguran tersebut dengan cara yang dilihat banyak pihak sebagai tidak sopan seperti seorang ahli DAP semalam, siap bagi amaran apa bagai.

Baginda berada di atas politik, kenapa nak dibalas teguran baginda dengan bahasa politik pulak?  Faham ke tidak apa yang cuba disampaikan baginda tu?  Dari apa yang penulis baca, macam tak faham isu saja tapi ada hati pulak nak bagi amaran tu.

Mahathir pun perlulah berhenti menggunakan orang-orang macam ini untuk bercakap bagi pihak dirinya, setiap kali dia ditegur institusi beraja.  Dah banyak kali dah kita tengok perkara semacam ini berlaku.  Asal Mahathir kena sound dek institusi beraja, akan adalah orang semacam ini mempertahankan dia, yang dia tu sendiri senyap tak berkata apa.

DAP yang seringkali melaungkan untuk mempertahankan perlembagaan (termasuk di dalamnya mengenai institusi beraja ini) patut membuktikan laungan itu bukan sekadar retorik dengan mengambil tindakan ke atas ahlinya yang dilihat kurang ajar terhadap Sultan.  Ini cakap lain, buatnya lain.

Bukan dalam hal ini saja, dalam hal yang lain jugak.  Bahasa kebangsaan sebagai contoh.  Depan orang cakap nak pertahankan bahasa kebangsaan tapi apa yang kita lihat berlaku sehari-hari tidak seperti itu.  Ramai orang DAP nak bercakap bahasa kebangsaan pun payah, nak pertahan bangsa kebangsaan macam mana?






Satu Komen to Chin Peng Ada Rashid Maidin, Kit Siang Ada Zaid Ibrahim

  1. Ann says:

    Permulaan negara Malaysia ini adalah di bawah pemerintahan Raja2 Melayu. Penjajahlah yg mengubahnya. Jika orang menderhaka, eluklah dihukum atau dinyah sahaja, kalau tidak dari negara ini dari Selangor pun boleh.

Leave a Reply

Threesome