Menu Utama

Bila Artis Jual Peminat.

Kebanyakan artis suam-suam kuku di Malaysia ini kurang pengetahuan semasa dalam dan luar negara. Ada segelintir yang jual diri, ambil pil khayal dan jadi perempuan atau lelaki simpanan untuk tampung kos gaya hidup mereka supaya setaraf artis barat.

Jika mereka menulis isu semasa panjang dan nampak cerdik itu maknanya ada orang bayar dan tolong tulis untuk mereka.

Bila filem tak laku, tidak dapat hari syarat wajib tayang yang panjang atau tidak dapat “job” kerajaan, mulalah jadi suara pembangkang.

Minta geran Finas tidak dapat balun kerajaan. Minta “airtime” tak dapat balun kerajaan.

Yang kahwin ahli politik UMNO pula akan mula balun bila laki dia terkeluar dari kedudukan penting.

Dengan kata lain ini semua agenda tembolok sendiri saja.

Malangnya ramai peminat percaya dan taksub kepada artis-artis ini tanpa disedari mereka hanya dipergunakan.

Mereka “like dan share” kenyataan artis ini semacam hadis nabi tanpa sedar ia mengandungi fitnah dan umpatan yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Selepas tidak boleh jual lakonan, mereka “jual” peminat yang taksub kepada mana-mana ahli politik atau jadikan “tebusan” dengan kerajaan.

Kira naik taraflah dari “jual” diri kepada “jual” orang.

Nota: Ini bukan mengata Farid Kamil. Jika terasa nasiblah. 🙄

Dari facebook Ab Jalil Backer






Satu Komen to Bila Artis Jual Peminat.

  1. Ann says:

    Hidup umpama roda, kadang di atas kadang di bawah. Sediakan payung sebelum hujan. Jadi beringatlah semasa senang buat simpanan untuk kegunaan semasa susah. Menyalahkan orang lain bermakna menempah dosa.

Leave a Reply