Menu Utama

Bertambah Ke Ahli Parlimen/ADUN BN Lagi Seorang?

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat sama-sama menyertai konvensyen UMNO Selangor yang diadakan di PWTC petang tadi.  Kehadiran Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Pelabuhan Klang ini menimbulkan persoalan adakah dah bertambah seorang lagi wakil rakyat BN di Parlimen dan DUN Selangor?

Memang PRU14 dah tak lama lagi dan Khalid dulu menang atas tiket PKR tapi what the hell!!  Muhyiddin, Mukhriz pun bukan menang atas tiket PPBM dalam PRU13 jugak kan?

Perkara macam ini memang bagus diwar-warkan, bukan apa hal besar sangat pun tapi nak bagi mood orang Pakatan merudum hujung minggu ni.  Orang Pakatan memang macam itu, tak apa kalau Khalid jadi wakil rakyat bebas, tapi jangan masuk UMNO.  Itu macam jarum menikam hati.

Justeru penulis rasa, sampailah masanya Tan Sri Khalid rasmi (kalau belum lagi) menyertai UMNO/BN – parti yang beliau mula-mula sertai dulu sebelum masuk PKR kerana menyangka hanya parti itulah yang sebenarnya memperjuangkan keadilan dalam negara ini.  ‘Dibuang’ secara salah dari kerusi Menteri Besar Selangor pada tahun 2014, patutnya menyedarkan Khalid bahawa PKR adalah parti politik yang hina, bukan ada apa istimewa.

Lagipun, apa nak rugi?  Hari ini, cerita wakil rakyat lompat keluar masuk parti berbeza – terutama di kalangan parti dalam Pakatan, dah macam benda biasa.  Terbaru, seorang ADUN PAS (bekaslah), masuk parti bunga – satu satunya parti yang masih tidak mengadakan mesyuarat cawangan sehingga sekarang.






Leave a Reply

Threesome