Menu Utama

Bersiap sedia untuk ibu kepada semua pilihan raya

Tulisan asal oleh:
Joceline Tan, The Star Online, 10 Disember 2017

Barisan musuh sudah jelas, tidak ada lagi yang tersembunyi dan Umno ingin menggambarkan dirinya sebagai parti masa depan semasa pilihan raya nanti. Tapi bolehkah ia membariskan calon yang boleh menang?

DATUK Seri Najib Tun Razak memulakan perhimpunan agung Umno dengan ucapan dan gaya yang bersemangat. Itu bukanlah seperti lagaknya yang biasa kerana beliau sebenarnya adalah lelaki yang ‘gentleman’.

Tetapi presiden Umno itu akan memasuki medan perang dan peperangan tidak selalunya dimenangi oleh ‘gentleman’, oleh itu, mod berjuang telah dinampakkan sejak dari hari pertama lagi.

Walau bagaimanapun secara keseluruhannya, perwakilan dapat melihat bahawa beliau masih tersenyum seperti biasa.

Ketua Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah mendakwa itu adalah kerana presidennya berjaya mengawal keadaan.

Selain itu, sepanjang perhimpunan umum itu, semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Tidak ada lagi perkara-perkara yang tersembunyi dan mereka yang duduk di pentas Umno kebanyakannya orang-orang presiden. Ia adalah bertentangan dengan dua tahun yang lalu apabila nampak seperti ada yang memisahkan Umno No. 1 dan bekas Umno No 2. Mereka tidak bercakap, bahkan mereka tidak langsung mahu melihat sesama sendiri.

Tahun ini, Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpelukkan seperti saudara di atas pentas dan mereka berbual-bual ketika perdebatan berlangsung.

Ada yang merasakan mereka melakonkannya untuk perwakilan tetapi Najib nampaknya sangat selesa dengan Dr Ahmad Zahid, dan memanggilnya “kawan lama saya” dan merujuk kepadanya sebagai “timbalan presiden de facto”.

Para perwakilan telah memberikan sokongan mereka untuk Najib kekal memegang jawatan presidennya dan Dr Ahmad Zahid harus menjadi timbalan presiden yang akan datang tanpa perlu bertanding. Ia merupakan bantuan besar bagi Timbalan Perdana Menteri itu.

Jawatan itu selamat ditangan Dr Ahmad Zahid.

Anggota majlis tertinggi Datuk Seri Nazri Aziz – seorang lagi kawan lama Najib – memainkan peranan besar dalam menyampaikan hujah yang meyakinkan di mesyuarat majlis tertinggi pada malam Selasa. Beliau berkata beliau tidak mahu sejarah berulang kerana Barisan Nasional menang besar pada 1986 tetapi beberapa bulan kemudian, Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden dan parti itu terbahagi dua.

Dr Ahmad Zahid mengetuai perwakilan untuk mengambil ikrar kesetiaan kepada parti dan presiden dan menerima calon-calon pilihan kepimpinan yang boleh menang dalam beberapa bulan akan datang.

Sudah tentu, ada yang bertanya apakah perlunya demokrasi dalam proses pilihan raya tetapi kemudian mengunci pertandingan untuk jawatan teratas? Tetapi dengan jawatan tertinggi sudah disahkan, parti itu kini boleh beralih kepada urusan memerangi pilihan raya umum.

Naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan untuk menyokong langkah tidak mempertandingkan itu. Ia adalah untuk memberi isyarat bahawa beliau memikirkan yang terbaik untuk parti dan bukannya untuk dirinya sendiri.

Dr Ahmad Zahid membalas dengan menegaskan bahawa Hishammuddin mendapatkan pas percuma untuk salah satu daripada tiga jawatan naib presiden. Tetapi tidak ada duluan untuk itu dan ia kekal menjadi pendapat peribadi.

Satu lagi perkembangan yang kecil tetapi sama menariknya berlaku di luar.

Wanita Pertama dan bakal Wanita Kedua dilihat bersama untuk kali pertama. Mereka duduk bersebelahan sepanjang tiga hari ketika mereka mengikuti prosiding.

Tiada siapa yang tahu apa masalahnya antara Datin Seri Rosmah Mansor dan Datin Seri Hamidah Khamis tetapi keadaan nampaknya semakin pulih walaupun mereka masih belum mesra.

Ramai yang telah menjangkakan satu lagi pusingan sengit menghentam pembangkang apabila perbahasan bermula. Tetapi tidak ada apa-apa sebutan mengenai Dr Mahathir di kalangan ‘speaker’ walaupun mereka benar-benar kecewa dengan apa yang beliau lakukan sebagai ketua pakatan pembangkang.

Para wartawan terkejut bahawa tidak ada sama sekali yang menyebutkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir memandangkan bagaimana 3M itu banyak diperkatakan dalam perhimpunan parti tahun lepas.

“Tidak perlu lagi bercakap tentang mereka, setiap orang dalam parti kita memahami bahawa mereka (3M) kini menjadi musuh. Seperti yang dikatakan oleh presiden kita semasa ucapan pembukaannya, Mahathir telah melampau. Kita tidak boleh menyokong seorang lelaki yang cuba memusnahkan Umno,” kata Faizal.

Beban Mahathir telah dieksport ke pembangkang. Topik perbualan Umno hari ini adalah bahawa mereka tidak takut menghadapi pembangkang yang diketuai oleh seorang lelaki zaman dahulu yang berusia 92 tahun itu.

Akibatnya, perbahasan itu berkisar mengenai menyerlahkan pencapaian dan kisah kejayaan kerajaan Barisan Nasional.

Pemimpin-pemimpin Umno sudah bosan dengan pembangkang yang telah berusaha menjatuhkan Kerajaan tanpa henti sejak tahun 2008.

Perbahasan itu menceritakan tindakan-tindakan Kerajaan, dari dasar-dasar seperti perumahan yang mampu dimiliki, BR1M dan projek-projek infrastruktur kepada memberikan geran kepada pedagang, biasiswa dan dasar untuk membantu petani kecil.

Mereka juga membidas tuduhan palsu dan berita palsu yang disebarkan oleh pihak lain. Objektif mereka adalah untuk memperlihatkan bahawa Malaysia bukanlah negara yang gagal dan tidak menuju ke arah muflis seperti yang didakwa oleh Dr Mahathir.

Lebih banyak di kalangan mereka yang bercakap mengenai kadar pertumbuhan Malaysia sebanyak 6.2%, bahawa Forum Ekonomi Dunia telah menamakan Malaysia sebagai negara berkembang terbaik di rantau ini.

Adalah jelas bahawa ‘speaker’ telah diarahkan untuk mengelakkan isu-isu kontroversi atau membuat kenyataan tentang kaum-kaum lain.

Parti itu mahu memenangi hati “pengundi yang boleh dipujuk”, istilah mereka untuk pengundi yang masih boleh dipujuk untuk memilih Barisan. Mereka tidak mahu mematahkan sokongan yang berpotensi dengan kata-kata kasar.

Pengundi yang boleh dipujuk termasuklah orang seperti penjawat awam dan orang yang telah mendapat manfaat daripada dasar kerajaan.

“Kita sebelum ini mengandaikan bahawa mereka akan menyokong kita tidak kira apa tetapi kita tidak boleh membuat andaian sahaja lagi. Kita perlu mendekati mereka, menghantar mesej yang betul,” kata Faizal.

Perhimpunan itu juga mengenai mengingatkan semua orang bahawa walaupun Umno hari ini jauh berbeza dari Umno semalam, ia masih menjadi khemah besar bagi orang Melayu.

Terdapat banyak ahli politik Umno yang semata-mata untuk kedudukan, hubungan dan kontrak. Dan walaupun parti itu bertindak untuk isu-isu besar seperti agama, bangsa dan Raja-raja Melayu, usaha-usaha parti untuk rakyat yang membuatnya relevan.

Ini bersesuaian apabila Azlieza Azizan, seorang pemimpin Puteri Umno dari bahagian Tangga Batu di Melaka, bercakap dengan penuh emosi mengenai hubungan keluarganya dengan parti itu. Kisahnya yang menyentuh tentang membesar sebagai anak perempuan seorang komando tentera, pergi ke sekolah dalam sebuah trak tentera dan kepercayaannya pada partinya memenangi sorakan yang kuat.

Jumawi Jaffar, ketua Pemuda Umno untuk Tenom di Sabah, mempunyai reputasi sebagai lelaki akar umbi. Beliau rapat dengan tempat asalnya dan bercakap tentang isu tanah dan kesusahan petani.

Jumawi adalah antara mereka yang ditangkap oleh SPRM kerana mempersoalkan berhubung dengan tabung pengagihan dana Kementerian Luar Bandar dan Wilayah ketika berada di bawah Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau nampaknya tidak terjejas, dan cadangannya untuk Kerajaan menubuhkan sebuah majlis mengenai kos hidup diterima dengan segera oleh partinya.

Perbahasan itu bertujuan untuk membina rasa kejayaan dan suasana yang baik.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyuntik beberapa realiti ke dalam euforia dengan mengingatkan semua orang bahawa dunia berubah begitu cepat dan revolusi perindustrian keempat telah tiba.

Beliau berkata pilihan raya akan datang akan menentukan takdir parti dan sekiranya Umno dapat bertahan, ia harus menampakkannya sebagai parti masa depan dan manifesto Barisan Nasional perlu memperkenalkan perjanjian sosial baru untuk generasi baru.

Dalam ucapan penutup Najib, jelas bahawa matlamatnya pada tahun ini adalah untuk mendapatkan konsensus dan ikrar daripada partinya mengenai persoalan yang sukar iaitu pemilihan calon untuk pilihan raya umum. Ketua-ketua bahagian adalah halangan tradisional dalam memperkenalkan orang-orang yang baru dan yang mampu bertanding.

Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan telah mempunyai pelan tindakan untuk masa depan, ekonomi juga pada landasan yang betul dan apa yang diperlukannya sekarang untuk memenangi pilihan raya adalah mandat untuk memilih calon yang boleh menang.

Atau seperti yang dikatakan Khairy: “Biarkan calon-calon dalam pemilihan umum mencerminkan masa depan.”

Inilah tujuan perhimpunan agung itu.

“Saya telah melihat semuanya dan pada saya suasana kali ini sangat bersemangat,” kata Nazri.

Tepukan gemuruh banyak didengari sepanjang tiga hari itu, terutamanya apabila ‘speaker’ memukul gendang perang pilihan raya.

Terdapat juga keyakinan yang baru. Tiga tahun yang lalu, perwakilan tiba di PWTC dengan rasa tidak yakin sama ada parti mereka masih berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang. Mereka pulang ke rumah dengan keyakinan bahawa bukan sahaja mereka akan menang,  tetapi akan melakukan lebih baik daripada pada tahun 2013.

Link asal artikel:
https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/analysis/2017/12/10/set-for-mother-of-all-elections/






Leave a Reply