Menu Utama

Azmin tidak setuju Mahathir calon PM Pakatan.

Azmin tidak setuju lantik Mahathir, Wan Azizah jawatan PM dan TPM?
Keputusan Pakatan Harapan yang diketuai DAP supaya Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden gabungan pembangkang itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seolah-olah tidak disenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu ketika ditemui dalam satu program di sini malam ini sebaliknya menyifatkan keputusan itu hanyalah cadangan dan bukannya merupakan keputusan rasmi gabungan parti-parti pembangkang itu.

“Ianya bukan keputusan tetapi hanya cadangan antara lima pemimpin teratas Pakatan Harapan.

“PKR akan terus berbincang kerana ini merupakan satu keputusan yang besar untuk meletakkan seseorang sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Baru-baru ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang dilapor bersetuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Persetujuan itu dicapai selepas cadangan untuk menamakan kedua-dua individu itu dikemukakan semasa pemukiman gabungan pembangkang yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 dan 2 Disember lalu.

Malah, beberapa pemimpin pembangkang lain difahamkan telah mengesahkan bahawa cadangan tersebut dibangkitkan semasa permukiman berkenaan namun ia perlu mendapatkan restu daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN ONLINE






Satu Komen to Azmin tidak setuju Mahathir calon PM Pakatan.

  1. Pemerhati says:

    mengarahkan BPR(kini SPRM) menghentikan siasatan tentang kekayaan luarbiasa azmin pada satu ketika dahulu semasa mahathir menjadi PM adalah satu jasa & budi besar telah dilakukan oleh mahathir dimana azmin perlu tunjukkan yang dia tahu kenang jasa & budi mahathir itu

    azmin tidak harus kata ianya satu cadangan sebaliknya setuju 100%, mahathir sedang kecik hati tu sebab azmin kata satu cadangan sahaja

    berapa lama mahathir boleh jadi PM dengan usianya yang terlebih diberi subsidi itu & siapa pula yang sudah pasti dapat menjadi PM lama? jawabnya sudah tentu anwar, boss ko jugak min! tak rugi apa pun setuju 100% sekarang ini mahathir jadi PM, entah2 sebelum sempat dapat tengok PRU14 diadakan mahathir sudah gol

Leave a Reply

Threesome