Menu Utama

ALLAH MAKBULKAN DOA WARGA EMAS YANG DIZALIMI KERAJAAN SELANGOR.

oleh Kang Nasir

ALLAH MAKBULKAN DOA WARGA EMAS YANG DIZALIMI OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR. Iaitu doa warga emas yang rumahnya ditepi tasik bekas lombong tertimbus dengan lumpur sisa projek melombong pasir oleh syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB).

Tasik bekas lombong terletak di Sg. Darah, Rantau Panjang , Bistari Jaya didaerah Kuala Selangor ini asalnya sedalam lebih 12meter dengan keluasannya lebih kurang 6kali padang bola. Tidak menyangka kedalaman dan keluasan itu tidak mampu menghalang KERAKUSAN NAFSU KERAJAAN NEGERI. Kesan ditimbus dengan sisa-sisa lumpur lombong pasir itu akhirnya menimbus rumah mangsa walaupun berkali-kali sebelum kejadian sudah diberitahu dan mereka sendiri sudah melawat tapi malangnya tiada langsung usaha KSSB dan kerajaan negeri membantu warga emas tersebut.

Alhamdulillah. Dengan doa warga emas yang dizalimi kerajaan negeri itu Allah makbulkan. Buat sementara warga emas menumpang dirumah anaknya yang juga mangsa lumpur lombong tetapi masih selamat didukuki. Lawatan ahli parlimen BN Kuala Selangor sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan kerana diabaikan.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.”
(Hadis riwayat Hakim)

Allah perintahkan kita membantu orang yang dizalimi maka itulah saya sentiasa mengingatkan hentikanlah kerja sia-sia mencaci melaknat pemerintah yang membantu kami #WargaMiskin kerana perbuatan keji kalian itulah punca kalian menzalimi diri.

Dalam hadis Nabi saw bersabda;
“Empat orang yang doanya dikabulkan: pemimpin yang adil, seorang yang mendoakan saudaranya dari kejauhan, doa orang yang teraniaya, dan seorang yang mendoakan orangtuanya.” (HR. Abu Nu’aim)

Kalian dakwa pemimpin kita zalim tapi bagi kami #WargaMiskin pemimpin kita adalah pemimpin yang adil yang Allah rahmati. Dan kami warga miskin sentiasa berdoa semoga Allah berkati usaha PM dan permudahkan urusannya.

Allah juga makbulkan doa kalian rakyat serta #PakLebai politik dan #PakWahab yang Tahfiz yang setiap hari mengadu dizalimi sampai hilang akal hilang pedoman memfitnah mencaci mencela dengan AZAB CASH didunia hidup menderita sensara jiwa dan minda selain kesempitan akal hati dalam kehidupan dunia kerana Allah laknat orang yang melaknat kerana memburu kepentingan dunia sebagaimana amaran Nya dalam surah Al Humazah.

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;”
(Al-Humazah : ayat 1-2)

Selain itu mereka jauh dari rahmat Allah juga berpunca dari melahap sumber haram dan syubhah lalu menerima balasan azab CASH DIDUNIA dengan kesempitan dan kesengsaraan walau bermati-matian setengah mati kerana bersusah payah memfitnah mencaci mencela sebagai sumber pendapatan. Dalam hadis fitnah akhir zaman Rasulullah saw ada peringatkan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”.
(H.R. Muslim)

Dan disebabkan laknat dari Allah itulah hidup tak berkat lalu diazab agar insaf tapi kebanyakan umat islam tetap KUFUR INGKAR sengaja angkuh sombong terus berusaha mengharap laknat dari Allah kerana tetap mahu menyalahkan orang lain punca mereka menderita walau ada kereta Ferarri.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya.” (HR Ahmad).

Rasulullah saw juga beri amaran agar kita tidak sewenang-wenangnya melaknat.

Rasulullah saw bersabda: “ Orang yang banyak melaknat tidak akan diberi syafaat dan syahadatnya tidak akan diterima pada Hari Kiamat” (HR. Muslim dalam Shahihnya no. 2598 dari Abi Darda radhiallahu ‘anhu )






Leave a Reply

Threesome