Menu Utama

December, 2017

 

2018: Tahun ‘Kuburkan’ Parti Serpihan!

Sebentar lagi, secara rasmi Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar bukan lagi menjadi ahli PAS. Dengan itu, maka PAS akan kehilangan satu kerusi Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu. Tidak pasti mengapa Mahfuz memilih detik terakhir 2017 untuk keluar dari PAS. Mungkin padanya, ia akan menjadi ‘klimaks’ kepada pengkhianatannya terhadap parti yang disertainya selama 34 tahun itu. Mungkin dia fikir, PAS akan rasa ‘terpukul’? Penulis tersengih apabila respon dari pemimpin PAS terutama di Kedah begitu ‘anti-klimaks’. Mereka langsung tidak kisah. Mereka langsung tidak peduli.Baca Lagi


Kemaafan Dendam Yang Terindah Untuk Bekas PM…

Kadang kala, penulis tak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa melihat keletahnya. Hendak menangis, nanti dikatakan gila. Tapi jika penulis ketawa pun, mungkin penulis akan dikata lebih gila dari bahan yang penulis ketawakan. Namun itulah yang penulis rasa bila seorang ‘negarawan’ memohon maaf atas segala salah silapnya mentadbir negara selama 22 tahun. Jauh disudut hati penulis, ia amat amat ‘menyentuh jiwa’. Penulis sudah maafkan dia sejak ungkapan ‘dah lama dahhh…’ terungkap! Walau bagaimanapun, tidak mungkin penulis akan menerima dia sebagai Perdana Menteri semula. Biarlah dia jadi ‘sejarah’ suka danBaca Lagi


Mahfuz umum keluar Pas

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini mengumumkan keluar daripada Pas setelah bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu berkuat kuasa pada malam ini. Beliau berkata, pada masa ini, beliau belum putuskan untuk menyertai sebarang parti politik sehingga selesai tempoh bertenang bagi dirinya. “Saya masih dalam tempoh ‘bertenang’ dan masih belum putuskan untuk sertai mana-mana parti politik yang lain. “Sebelum ini saya turut mendapat pelawaan untuk menyertai DAP selain PPBM dan Amanah,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini. Yang turut hadir Timbalan PengerusiBaca Lagi


Bila ‘Si Anak’ Kata Bapanya Saja Paling Layak…

Terkekeh-kekeh penulis ketawa apabila si anak mendakwa bapanya adalah individu paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini. Kenyataan itu pada penulis sungguh ‘membakulkan bapa sendiri’, seolah bapanya seorang sajalah yang konon paling ‘best’! Penulis tidak pasti tentang motif sebenar si anak itu. Namun begitu, ia secara tidak langsung menimbulkan persoalan besar sama ada ianya merupakan salah satu ‘stepping stone’ untuknya melangkah naik ke jawatan Perdana Menteri kemudiannya. Mungkin 22 tahun, satu tempoh paling lama dalam sejarah pentadbiran negara tidak cukup bagi si anak untuk melihat bapanya berkuasa. KononBaca Lagi


CUKAI PERLU DIBAYAR WALAUPUN MENINGGAL DUNIA

Individu yang telah meninggal dunia, pendapatan yang diterima semasa hayatnya pada tahun kalendar sehingga tarikh kematian individu tersebut perlu dilakukan taksiran cukai. Merujuk kepada kes pendapatan individu yang telah meninggal dunia, setiap pendapatan sehingga tarikh kematiannya akan dikenakan cukai sebagai pendapatan individu berkenaan walaupun taksiran akan dibuat atas nama wakil waris yang sah. Begitu juga apa jua pendapatan yang diperoleh selepas tarikh kematian individu tersebut tidak akan dianggap pendapatan si mati, sebaliknya sebagai pendapatan harta pusaka individu yang meninggal dan ditaksir atas nama waris atau pentadbir harta pusaka. Di sini,Baca Lagi


AGM PPBM pentas Dr. Mahathir luahkan dendam kesumat

Selepas beberapa kali melanggar peruntukan perlembagaan parti sehingga berdepan kemungkinan dibubarkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akhirnya berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini. Sebelum ini, parti yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz itu diberikan amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana gagal mengadakan AGM, menangguhkan AGM tanpa peruntukan parti dan menggunakan istilah Armada. Namun, di sebalik kejayaan PPBM mengadakan AGM selepas pelbagai kontroversi melanda, mesyuarat yang dihadiri seramai 941 perwakilanBaca Lagi


Tragedi Memali: Dr. Mahathir gelar mufti kafir

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus mencipta kontroversi dan kali ini dakwaan dilihat cukup berat. Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang terpalit dengan tragedi Memali itu bukan sahaja bertindak menyalahkan mufti dalam insiden tersebut malah menggelarkan mereka sebagai kafir. Tanpa sedikit pun menyentuh tentang peranan beliau dalam tragedi hitam negara itu, Dr. Mahathir berkata, sebaik penasihat raja, mufti sepatutnya menyangkal amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mendorong berlaku insiden berdarah tersebut. “Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setujuBaca Lagi


Hipokrit gelar Najib kuku besi

Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak hipokrit apabila menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai zalim dan kuku besi. Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu menyedari bahawa pemerintahannya 22 ta­hun lebih kuku besi dengan ke­wujudan banyak sekatan yang menghalang kebebasan seseorang. Beliau menyifatkan tu­duhan Dr. Mahathir itu mainan politik ‘kotor’ bagi menjatuhkan inte­griti Najib. “Kalau ikutkan pemerintahan beliau lebih kuku besi, banyak sekatan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam OperasiBaca Lagi


AGM PPBM: Perwakilan kecewa dengan Dr. Mahathir

Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ternyata ibarat rumah siap pahat berbunyi apabila beberapa perwakilan menyatakan kekecewaan terhadap Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Biro Penerangan PPBM Kuantan, Mohd. Hafiz Azizi Zainudin berkata, ucapan dasar Tun Mahathir bukan sahaja gagal menggariskan dasar perjuangan secara jelas sebaliknya menjadi medan luahan dendam peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Katanya, Tun Mahathir sepatutnya menggunakan peluang dalam mesyuarat pertama itu untuk menyampaikan amanat berkenaan perjuangan parti kepada perwakilan dan ahli, bukannya matlamat peribadi yang dilihat mahu menjatuhkan Presiden UMNOBaca Lagi


Bila ‘Pengkhianat’ Mengutuk ‘Pengkhianat’…

Seperti yang dijangka, AGM parti ‘cap bunga’ menyaksikan ia menjadi medan untuk mereka terus berhikayat mengenai dongeng-dongeng moden semata-mata untuk menjejaskan nama UMNO dan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Itu normal. Namun begitu, agak simpati juga menyaksikan ribuan bekas ahli parti ‘cap bunga’ yang bertindak keluar parti itu sebelum ini juga menjadi ‘bahan’ kecaman. Kononnya mereka keluar parti itu ‘pengkhianat’ dan mempunyai agenda mendapatkan jawatan dalam parti? Agak menarik untuk diulas tentang tuduhan ‘negarawan maksum’ dan ‘macai-macai’nya itu. Bak kata pepatah, paku dulang paku serpih, mengata orang, tapi diaBaca Lagi