Menu Utama

UCAPAN PERDANA MENTERI MENGENAI TUN MAHATHIR DAN SST

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Akhirnya Tun Mahathir bersetuju dengan Kerajaan bahawa GST menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.
Namun kerana beliau keterlanjuran kata menjanjikan pemansuhan GST, beliau sekarang ini mahu menggantikan GST dengan SST, sebuah sistem lapuk dan tersembunyi yang telah ditamatkan oleh 160 buah negara di dunia.
Analoginya menukar GST dengan SST ini samalah seperti menggantikan roda bulat dengan roda berbentuk petak zaman dahulu kala.

GST diperkenalkan kerana ia lebih moden, telus, mempunyai perundangan yang lengkap bagi mengelakkan penipuan dan diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia.

GST mempunyai cara perhitungan dan piawaian yang konsisten, diiktiraf di peringkat antarabangsa.

SST yang mahu diguna pakai Tun Mahathir mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.

Pengenalan sistem SST ini bukan sahaja keterbelakang, malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi.

Tun Mahathir tahu akan perkara ini dan pernah memperakui GST lebih baik daripada SST. Hal ini kerana pentadbiran beliau sendirilah yang mengesyorkan kita menaik taraf kepada sistem GST.
Sekali lagi Tun melakukan u-turn.

Pendek kata dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.

Namun bagi mengemis undi, Mahathir ingin menampakkan seolah-olah pembangkang akan menghapuskan GST tetapi sebaliknya akan menggantikan dengan SST di mana kadarnya tidak dimaklumkan kepada pembeli.
Bukankah ini satu pembohongan?

Di bawah sistem SST adalah tidak perlu untuk penjual maklum jumlah cukai dalam resit.

Jadi mereka boleh mengenakan cukai pada kadar yang tidak boleh dikawal penguatkuasa, dan rakyat juga tidak sedar mereka masih dicukai walaupun diberitahu GST dimansuhkan.

Tidak dengan GST di mana penjual perlu secara telus menyatakan jumlah kadarnya yakni 6 peratus.
Saya mahu pembangkang jika ikhlas mahu menghapuskan cukai barangan, jangan tipu rakyat dengan katanya kononnya akan menggantikan dengan cukai SST yang tersembunyi dan lapuk ini.

Mansuhkan sahaja cukai barangan dan nyatakan di mana mereka mahu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion setahun.

Usahlah perdayakan rakyat.
Sekian sahaja dari saya.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Najibrazak.com






2 Komen to UCAPAN PERDANA MENTERI MENGENAI TUN MAHATHIR DAN SST

  1. geekpuk2 says:

    Tahniah PM

    Aku sokong 100% GST. Ianya kena semua orang bukan semua rakyat

    Maknanya Bangla, Nepal, Myanmar, penoreh getah , penagih dadah dan pengganggur semua kena GST

    Najib dah berlaku adil kepada kita semua

    Harapnya lepas PRU14 tiada lagi barangan pengecualian GST. Semua barang kena GST termasuk topup, Ron95 dan beras.

    Bersama kita semua menyumbang kepada kantung kewangan negara

    Insyaallah

  2. dkds says:

    dulu sst bolehlah cina komunis penyokong DAP menipu harga, sejak ada GST mana dah berani nak main harga.

Leave a Reply

Threesome