Menu Utama

Tidak Ada Bukti Kenaikan Harga Minyak Menyusahkan Rakyat, Hanya Sembang Penyokong Mahathir

DUA hari setelah minyak naik 7sen, tidak ada bukti harga RM 2.31/liter ini menyusahkan hidup sesiapa manusia dalam negara ini.  Kehidupan berjalan seperti biasa.  Yang susah sebab memang dia susah, yang senang sebab memang dia senang, tak langsung dipengaruhi oleh harga minyak sama sekali.  Penulis masih ingat, masa kerajaan Paklah naikkan minyak sehingga RM 2.70/liter 9 tahun yang lalu pun, tidak ada sesiapa yang mati kebulur atau jatuh miskin kerananya.

RM 2.70/liter tahun 2008 dan RM 2.31/liter tahun ini banyak berbezanya, pun takde apa-apa.  Apatah lagi berbeza dengan waktu itu (2008), tidak ada BR1M, tidak ada gaji minimum macam sekarang, pun rakyat boleh hidup.

Lagipun, logik macam mana RM 2.31/liter sepanjang seminggu ini pulak boleh menyusahkan hidup sesiapa,terutama dari kalangan orang susah.  Takkan orang susah isi minyak hari-hari kot?  Pakai akallah sikit.

Itu menjadikan semua cerita ‘kesusahan’ rakyat yang menjadi-jadi di media sosial ini, hanyalah sembang semata-mata, melainkan pihak yang berkenaan boleh menunjukkan bukti bahawa kenaikan itu menyebabkan kesusahan yang begitu sekali kepada siapa dan bagaimana.  32 juta rakyat negara ini, takkan seorang pun tak boleh ditunjukkan untuk dijadikan bukti?  Pendatang asing pun tak terbeban, takkan rakyat kita pulak terbeban?

Bukan pendatang asing ni semua dapat BR1M pun.

Yang banyak merungut ni kita nampak ialah orang yang ada kepentingan politik semata-mata, cuba pulak bercakap bagi pihak orang lain yang susah kononnya – yang dia sendiri tidak ada apa-apa.  Jenis macam ini tak usahlah kita bagi perhatian sangat sebab motifnya hanya nak burukkan kerajaan, bukan pedulikan sesiapa pun.  Ini termasuklah artis tak laku yang cuba mencari nama semula – golongan ini hanya cuba menangguk di air yang keruh.

Oleh yang demikian, usahla rakyat terpengaruh dengan sembang yang sebegini.  Lihat diri kita dan sekeliling kita, nampaklah nanti bahawa kenaikan itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana harga minyak bukan ditentukan oleh Perdana Menteri dari negara ini, sebaliknya pasaran dunia.

Nanti harga purata minyak dunia turun, minyak kita pun turunlah juga, apa nak riuh rendah?






3 Komen to Tidak Ada Bukti Kenaikan Harga Minyak Menyusahkan Rakyat, Hanya Sembang Penyokong Mahathir

  1. geekpuk2 says:

    bodoh melantun.

    Kata tiada subsidi dan harga ditentukan pasaran terbuka tetapi kenapa kerajaan yang umukan harga?

    Kita tak patut bagi peluru free kepada Madey dan Pakatan Haramjadah.

    Sepatutnya tiada lagi pengumuman harga dari kerajaan dan biar syarikat masing-masing tentukan harga sendiri.Kalau rakyat nak marah bukan kepada kerajaan tetapi kepada syarikat

    Kerajaan cuma kutip cukai yang sama daripada semua syarikat.

  2. Meriam Buluh says:

    Mungkin lebih wajar kerajaan umumkan harga siling harga minyak. Biarkan syarikat minyak jual ikut harga masing-masing tanpa melepasi harga siling. Jika ini dilaksanakan, apa kelemahannya?

Leave a Reply