Menu Utama

Tanah runtuh: Projek mewah di Tanjung Bungah terjejas

Sebuah projek perumahan mewah di lereng bukit di Tanjung Bungah di sini terjejas teruk dengan sebahagian binaannya runtuh akibat hujan lebat dan banjir malam tadi.

Keadaan itu berlaku selepas sebahagian jalan masuk ke taman perumahan mewah berdekatan Bolton Surin itu runtuh bersama-sama bahagian anjung dan tempat letak kenderaan rumah berkembar tiga tingkat berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dialporkan kerana difahamkan projek perumahan mewah itu belum diduduki meskipun sudah siap dibina.

Dalam pada itu, Penasihat Penang Citizen Awareness Group (Chant Group), Yan Lee menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang dan pakar berkaitan segera mengambil langkah keselamatan bagi mengelak kejadian lebih buruk di lokasi kejadian.

“Struktur tanah di kawasan lereng bukit itu dapat dilihat sangat tidak stabil dan bencana lebih buruk boleh berlaku pada bila-bila masa jika tiada langkah pencegahan diambil segera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply