Menu Utama

Strategi Raih Simpati: ‘Aku Dah Tua’, ‘Aku Akan Pergi Jua’…

Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka berlangsung kurang dari tempoh enam bulan dari sekarang, maka mulalah parti ‘cap bunga’ menyusun strategi untuk meraih sokongan pengundi di negara kita.

Sementelah pengerusinya seorang warga emas yang sudah terlalu ’emas’, maka faktor usianya turut diguna pakai dan dimanipulasi parti ‘budak-budak’ itu. Kononnya walau sudah terlalu ’emas’ usianya, dia tetap berjuang untuk rakyat? Padahal, kita pun ‘tahu’ untuk siapa sebenarnya dia berjuang, budak ‘kanyaq’ bolehlah dia ‘wayang’…

Jika sebelum ini mereka menyiarkan warga emas berpuisi kononnya ‘dia akan pergi’, kali ini mereka mendakwa kononnya segala keistimewaan yang diberikan kerajaan kepada bekas Perdana Menteri itu ditarik balik.

Kononnya dengan strategi itu, maka rakyat akan bersimpati kepada warga emas berkenaan dan pada masa yang sama akan menyebabkan orang ramai bencikan kerajaan atas ‘kezaliman’ terhadap seorang yang berjasa kepada negara ini.

Tidak menunggu lama, Jabatan Perdana Menteri pantas mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa tiada pun sebarang kemudahan yang diberi kepada warga emas itu yang telah ditarik balik, termasuk khidmat anggota UTK.

Seramai 21 kakitangan dibayar kerajaan untuk melayan bekas Perdana Menteri itu. Malah semua gaji, elaun dan tuntutan sebagaimana penjawat awam lain turut dibayar kerajaan. Dia ke hulu ke hilir fitnah kerajaan pun, kerajaan juga yang bayar gaji pengiringnya? Hebat!

Jadi, siapa yang berbohong, siapa pula yang dibohong dan siapa pula yang percaya pada pembohongan itu? Jika terdesak sangat pun ‘hilang’ ahli dan berlaku konflik mega dalam parti, janganlah sampai jijik sangat hingga tergamak menipu rakyat.

Bermain elemen ‘simpati’, sememangnya satu strategi yang baik. Namun isu yang ditimbulkan biarlah benar-benar tulen, ‘genuine’ kata orang putih. Kenapa perlu bersikap kebudak-budakan begitu? Sikap berbohong sudah sebati dalam parti ‘cap bunga’?

Bila ada laporan polis dibuat terhadapnya, maka mulalah dia cuba menarik simpati. Kononnya dalam usia ‘terlebih emas’ itu dia cabar polis tangkap dia. Konon jika polis tangkap ‘warga emas’ itu maka orang akan simpati padanya?

Sedarkah dia bahawa tidak ada seorang pun warga emas yang kebal dari undang-undang? Walau dia berusia 1,000 tahun sekali pun, perlu ditahan reman untuk disiasat, didakwa jika ada prima facie dan mahkamah berhak hukum jika bersalah. Takkanlah sudah tua maka itu menjadi alasan untuk ‘lupa’ pada kedaulatan undang-undang negara?

Sejak dulu lagi penulis tegaskan bahawa tidak ada siapa pun yang menafikan segala jasanya sebagai Perdana Menteri. Namun begitu, janganlah ingat apa saja yang berlaku, dasar dan tindakannya dulu semuanya baik-baik belaka.

Padahal, banyak yang ‘dipaksa tutup’, ‘ghaib’, ‘dimatikan’ dan ‘ada udang di sebalik batu’. Cuba semak sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun itu. Berapa banyak skandal dan kontroversi? Berapa kali demonstrasi mega dianjurkan terhadap ‘diktator’ tersebut?

Konon sudah tua, tapi tetap berjuang untuk rakyat? Masuk akalkah dakwaan tersebut? Siapa sebenarnya yang dia perjuangkan? Jika siapa yang mengenali gaya politik dan sikap warga emas itu, mereka akan ketawa pada hujah ‘berjuang untuk rakyat’!

Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan gaya politik dan retorik warga emas itu ketika dia memerintah negara? Dia kutuk orang itu depan rakyat, tapi sanggup mengeluar belanja besar untuk melobi bagi memastikan dia dapat bertemu dengan orang yang dikutuknya itu. Pernah dengar nama George Walker Bush? ‘Wayang’nya cukup kuat…

Selalunya, warga emas yang seusia dengannya, tabiat dan sikap mereka akan kembali ke zaman budak-budak. Parti itu pula majoritinya disertai ‘budak-budak’ yang baru kenal politik. Maka jangan hairan mengapa penulis sifatkan parti itu sebagai parti ‘budak-budak’.

Sudah-sudahlah. Jika usia sudah ‘terlebih emas’, sementara orang masih ingat jasa yang pernah ditabur, janganlah buat orang benci pula pada diri sendiri. Dengarlah nasihat PAS, kembalilah ke ‘tikar sejadah’. Semoga Allah memberi hidayah padanya…






Leave a Reply