Menu Utama

Sindrom ‘berdiam diri’ Mahathir mengenai kekayaan keluarga.

Sindrom ‘berdiam diri’ Dr. M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mengalami sindrom ‘berdiam diri’ setiap kali menerima desakan pelbagai pihak supaya mengisytiharkan kekayaan dimiliki beliau dan anak-anaknya.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwannddin Hamzah berkata, sehingga hari ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat gagal dan cuba lari daripada menjawab desakan itu walaupun datangnya daripada sayap pemuda parti sendiri, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah lama desak beliau dedahkan kekayaan dimiliki termasuk anak-anaknya sejak meninggalkan jawatan Perdana Menteri. Tetapi beliau senyap.

“Selama ini Dr. Mahathir suka mencari kesilapan orang lain, dakwa orang terlibat rasuah termasuklah kekayaan anak-anak pemimpin. Tetapi apabila desakan itu diajukan kepada beliau malah daripada Armada sendiri, tiada penjelasan diberikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azwanddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenya­taan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz baru-baru ini bahawa Dr. Mahathir tidak perlu menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk mengisytiharkan harta beliau kepada umum.

Mohamed Nazri memberitahu, anak-anak Dr. Mahathir juga perlu mengisytiharkan harta mereka kerana rakyat ingin tahu kekayaan luar biasa bekas pemimpin negara itu dan keluarganya selepas tidak mentadbir negara.

Dalam pada itu, Azwanddin melontarkan cabaran kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya membuktikan kejujuran beliau kepada rakyat berhubung jumlah kekayaan dimiliki Dr. Mahathir serta anak-anaknya.

Hal itu jelas Azwanddin, ketika Dr. Mahathir menerajui pentadbiran negara, isu tersebut sering dibangkitkan oleh Kit Siang dan dijadikan modal serangan beliau.

“Tetapi hari ini, apabila kedua-dua mereka duduk di bawah satu payung yang sama, Kit Siang se­nyap seribu bahasa mengenai isu kekayaan Dr. Mahathir serta anaknya. Sepatutnya Kit Siang perlulah dedahkan kalau betul kononnya beliau seorang pemimpin berprinsip,” sindir Azwanddin.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia (NGO1M), Mohamad Nazlee Aziz Yeop turut mendesak Dr. Mahathir supaya mengisytiharkan kekayaan dimiliki sebelum menuding jari kepada orang lain.

“Tidak perlu beliau nak kata pemimpin ini hidup mewah, pemimpin itu kaya kalau beliau sendiri senyap bila diajukan soalan sama. Tidak perlu buat gimik untuk memutarbelitkan pemikiran rakyat,” jelas beliau.

Utusan



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome