Menu Utama

Shafie, Kalau Banyak Sangat Bukti, Bagi SPRMlah, Memekak Dalam Parlimen Apa Dapat?

BEKAS Menteri Shafie Afdal ini seakan melepas geram dalam parlimen semalam.  Kelihatan tak tertahan-tahan kesumatnya terhadap Ketua Menteri dan pemimpin UMNO Sabah sehingga habis semuanya disebut semalam, seakan dah ada bukti semua orang itu bersalah.  Dah jadi macam Mahkamah pulak nampaknya bangunan Parlimen itu sudahnya.

Respon Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Musa Aman begitu bersahaja, “Janganlah gelabah”, lebih kurang itulah maksudnya.

Mendengar Shafie membebel, di telinga sesetengah orang memanglah sedap, terlupa kita yang kena siasat dan di tahan SPRM berhari-hari atas dakwaan menyelewengkan dana RM 1.5 billion untuk rakyat miskin Sabah ialah DIA, bukan mana-mana pemimpin Sabah yang berturut-turut disebutkan namanya semalam.

Kok banyak sangat bukti, kok tahu semua cerita, semua benda dalam tangan dan sebagainya, bawak bukti tu ke SPRM untuk dipanjangkan.  Bukan main persepsi elak saman dengan membangkitkan perkara itu di Parlimen (ada imuniti).  Bagi projek kepada syarikat pemimpin UMNO ada kepentingan, bukan semestinya ada kesalahan yang dah dilakukan. Jika dah diserahkan bukti, biarkan agensi yang berkenaan menyiasat, nak memekak apa dapat?

Setakat air liur saja yang bersembur, apa bukti, dokumen untuk menyokong semua yang dicakapkan tu, mana dia?  Tak hairan, momentum ‘pendedahan’ Shafie itu lenyap hari ini, tak berterusan sebab tak dipanjangkan di luar dewan dengan bukti dan sebagainya.  Siapa bodoh saja nak ambil berat “pendedahan” low class macam ini.

Anyway, cuba ulang balik dakwaan semalam di luar parlimen tengok, kalau tak kena saman sampai hanya tinggal seluar dalam, cubalah.






Leave a Reply

Threesome